Friday, 13 June 2014

WAHM atau ibu bekerja dari rumah : Realiti dan Fantasi

Pada 31 Mei lepas, sy meletakkan jawatan saya sebagai seorang pegawai perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah setelah genap 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Ramai yang agak terkwjut dan terkilan serta sedih dengan keputusan yang saya buat namun saya rasa inilah keputusan yang terbaik buat anak anak saya.

Di kala saat ini ramai antara teman teman satu universiti dahulu berebut rebut menduduki peperiksaan Master utk menjadi pakar perubatan. Ya ia merupakan angan nganku jua dahulu, ketika tiada amru dan hannan dalam hidupku.

Mungkin ada sebilangan mereka mereka diluar sana yang fikirkan sy mencari kerja yang lebih senang dan tidak tahu bersyukur dengan apa yang saya ada.. Hakikatnya saya mencari KEBEBASAN, KEBEBASAN MASA DAN KEWANGAN yang mana saya lebih nampak dengab berniaga. Ya sudah 2minggu saya dirumah sudah macam macam nikmat yang saya rasa..
Anak anak membesar sihat dan ceria di depan mata.

Jika anak sakit macam amru hari ini, saya tidak perlu lagi memikirkan hal untuk beritahu boss tentang kelewatan atau ketidak hadiran saya bertugas, saya boleh sentiasa berada disamping amru, boleh pantau 24jam tanpa rasa gelisah.. Ibu mana yang mampu melihat anaknya sakit.

Walaupun kadang duduk dirumah atau bekerja dari rumah bukanlah semudah yang diimpikan..bahkah realitinya lebih sukar dan menggunakan lebih banyak tenaga.. saya akan bangun seawal yang boleh utk menyiapkan semua kelengkapan anak anak sebelum anak anak bangun dan selepas mereka tidur, saya masih berjaga untuk meneruskan perniagaan online saya..
Alhamdulillah saya syukur nikmat Allah SWT beri dan saya betul betul gembira dengan apa yang saya dapat hari ini..

Jika kerja dengan kerajaan gaji masuk cukup bulan 25 haribulan.. tidak kira la ita sakit ke atau kita bersenang lenang di supermarket waktu kerja atau tidur di ofis, jumlahnya tetap sama...
TETAPI jika bekerja dari rumah, anda kena ada target dan hala tuju sendiri.. jika target terkeluar dari landasan maka kurangla gaji atau pendapatan bulan tersebut..

Anda usaha anda dapat.. nikmatnya pendapatan.. setiap duit adalah perih jerih sendiri.. :)

Jom join saya berniaga dari rumah.. saya bantu anda..
InsyaAllah pasti boleh mendapat pendapatan lumayan.. :)

Sms atau whatsapp 0177164989.

Sassy Eve Love : single heavy duty electric pump

Alhamdulillah dengan izin Allah syarikat Eve Love telah melancarkan beberapa produk terbaru mereka pada awal jun lepas..

Yang pertama ialah Sassy Eve Love!
Merupakan single electric breastpump yang boleh digunakan utk kegunaan maksimum atau 'heavy duty'

Apa yang menariknya Sassy Eve Love berbanding dengan breastpump lain di pasaran??
♡♡ ringan dan mudah alih
♡♡ di olah serta diinovasikan oleh pakar laktasi
♡♡ didatangkan dengan silikon pad untuk memberikan keselesaan kpd payudara semasa perahan berlangsung
♡♡ boleh digunakan menggunakan power adaptor (electrik) atau kuasa bateri
♡♡ mempunyai teknik ekspresi serta stimulasi mimik hisapan semulajadi bayi
♡♡ kuasa perahan yang kuat tetapi cukup selesa kepada payudara dan boleh mengosongkan payudara
♡♡ didatangkan dengan lampu dan screen lcd yang mana mommies boleh tengok kuasa ekspressi, masa perahan dan tempoh.
♡♡ bahan bahan daripada jenis BPA free
♡♡ rekaan dan bentuk yanb menarik dan comel.

Harga satu set RM279.
Jika mommies beli dengan saya, saya beri percuma 10 helai storage bag + 2biji storage bottle dan free postage semenanjung.

SEMUA DI ATAS PADA RM279 SHJ.
Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah boleh sms atau whatsapp 0177164989.

Thursday, 12 June 2014

Phytocol-st produk terbaru shaklee

Pada 8jun lepas shaklee telah pun melancarkan produk terbaru mereka iaitu Phytocol-st.
Phytocol-st shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari.

Lebih daripada 80kajian klinikal telah dilakukan terhadap phytocol-st ini yang membuktikan dengan pengambilan 2000mg fitosterol boleb menurunkan paras LDL-kolesterol kita.

Kalau mommies nak tahu kolesterol yang ada dalam badan ni terdiri daripada 2 jenis.. High Density lipoprotein (HDL) dan Low Density lipoprotein (LDL). HDL ini kolesterol baik dan LDL ni kolesterol jahat. Jadi kita kena pastikan kadar LDL sentiasa kurang drpd kadar HDL. Semakin banyak HDL adalah semakin baik kesihatan kita.

Mungkin next entry saya share tentang koleaterol ye..

Fitosterol dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan ditemui dalam membran sel tumbuh tumbuhan. Ia juga ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah buahan, sayur sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan kita?
Institut kesihatan kebangsaan amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolesterol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.

Bilakah masa yang sesuai untuk kitamengambil phytocol-st shaklee?
Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan iaitu 2biji sekali makan 2 kali sehari selepas makan.

Bolehkah kita mengambil Phutocol-st shaklee dan Omega Guard Shaklee pada masa yang sama?
Ya. Tiada sebab kenapa kita tidak boleh mengambil kedua dua produk ini demi menjaga kesihatan kita. Kita juga boleh mengambil CoQ Health plus shaklee untuk lebih mengoptimumkan manfaat Phytocol-st shaklee.

Adakah produk phytocol-st sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi sahaja?
Phytocol-St shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

Pilihan ada di tangan anda!!
Untuk mendapatkan 2000mg fitosterol, pertimbangkan dahulu makanan yang anda perlu ambil setiap hari iaitu:-
A. Phytocol St
B. 200 biji lobak merah sehari
C. 70 keping roti gandum sehari
D. 425 biji tomato sehari

Semestinya saya pilih A. :)

Yang paling penting Phytocol St ini bebas pewarna, tiada tambahan pengawet, perisa atau pemanis dan ianya bebas gluten serta HALAL!

JOM TURUNKAN KOLESTEROL HARI INI..
sms atau whatsapp 0177164989 utk tempahan.
Cod shah alam/klang/setia alam
Pick up : taman seri andalas klang.

Wednesday, 11 June 2014

National Conference Shaklee Jun 2014

Lama menyepi dari mencoret sesuatu di sini..
Ada sedikit musibah yang melanda saya ketika saya baru nak berhenti kerja. Alhamdulillah perancangan Allah yang terbaik buat saya..
Saya syukur nikmat tak terhingga itu...
Kini saya bergelar seoarang ibu yang berkerjaya dari rumah.. atau bahasa orang putihnya work at home mom!! (WAHM)

Hanya seorang ibu yang memahami perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak anak dan keluar bekerja. Sentiasa terikat dengan jadual kerja dan lebih banyak masa di luar.. dan akhirnya saya memberanikan diri untuk membuat keputusan yang tidak pernah saya jangkakan sebelum ini!!
Syukur Ya Rabb..

Okla hari ini saya nak share tentang apa itu National Conference Shaklee. Kebetulan masih panas dan masih terasa aura NC yang baru beelangsung pada 7 hingga 9jun lepas.
Sewaktu saya join shaklee kira kira pada oktober 2012 yang lepas, saya hanya ingin berbisnes sampingan dan dengan kerjaya sebelum ini sebagai seorang doktor, tiada sebarang push factor untuk saya dapatkan duit lebih. Hidup saya cukup selesa. Alhamdulillah.
Saya memang minat berniaga dan adalah pengalaman beeniaga kecil kecilan di kolej dulu.
Sejak berkecimpung dalam shaklee, saya belajar mengenai perniagaan online. Saya mula kenal apa itu blog, saya mula pelajari apa itu page..dan akhirnya saya semakin seronok dan suka dengan apa yang saya lakukan.

Saya seorang doktor dan sesungguhnya dengan mengenali shaklee dan setelah mengamalkan shaklee saya dapati perubahan kpd kesihatan keluarga saya secara menyeluruh.
Keberkesanan serta keyakinan shaklee terhadap setiap produknya menyebabkan saya tidak teragak agak untuk berkongsi kebaikan tentangnya.

Pada saya mencegah lebih baik daripada merawat. Alhamdulillah ramai warga Malaysia yang tahu tentang kebaikan shaklee dan ramai juga yang tahu tentang peluang yang dibentangkan oleh shaklee.. seperti yang kongsikan di atas, saya sertai shaklee hanya untuk suka-suka. Maka saya memang tidak pernah terfikir untuk menang sebarang anugerah.

Pernah pada bulan april lepas mommy saya tanya tentang pembelian tiket NC.. Hati sy rasa saya akan dpt award, tp saya beli juga sekeping untuk back up. Akhirnya saya dapat email daripada shaklee yang saya telah dianugerahkan bukan 1 malah 4 anugerah tahun ini!! Dan saya layak penginapan hotel 5 bintang untuk 3hari 2malam.

Alhamdulillah..syukur rezekiMu ya Allah..
Dan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..
Pengalaman manis yang luar biasa untuk insan biasa meraih kejayaan...
Kejayaan yang dikongsi bersama sama sahabat seperjuangan yang benar benar mahukan perubahan dalam hidup!
Dan NC tahun ini telah membuka mata saya seluas luasnya.. tentang peluang shaklee..
Ramai masters daripada masyarakat melayu dan sistem yang telus serta halal.
Tiada front loading.
Tiada head hunting.

Siapa usaha dia dapat!!
Ok tadi saya cakap 4 award dan penginapan 3hari 2 malam kan..
Rupanya saya dapat lebih lagi...
Saya dapat RM200 cash vouchers, RM100 elaun makan 2kali, Sebotol coq health, 8sachet collagen powder, 8 strip cinch tea mix, 8 strip nutreferon, tuala shaklee, beg shaklee, t-shirt muslimah, jemputan makan malam bersama CEO shaklee Roger Barnet, tiket masuk sunway lagoon dan saya memenangi sebotol GLA complex dan pill box untuk lucky Draw!!
Selain itu saya juga dapat sedikit cenderahati drpd upline dan sideline yang sama sama raikan kejayaan masing masing!

Sudah pastinya pengalaman majlis yang penuh aura positif yang mampu menginspirasikan sesiapa sahaja yang pergi serta kami balik dengan semnagat baru!!

Semangat untuk buat lebih, lebih lagi dan lebih baik lagi supaya saya dapat lebih banyaj award dan hadiah tahun hadapan!

Sesungguhnya shaklee bukan sahaja mengubah kesihatan sesoarang, malah shaklee mengubah kehidupan seseorang kepada kehidupan yang jauh lebih baik! Dan setiap persahabatan yang terjalin pada mulanya di alam maya, namun pabila bersua sungguh indah terasa ukhuwwah fillah tersebut!
Kerana kami semua saling memahami dan sentiasa bersama sama tika susah dan senang..

Terima kasih buat mommy shaklee ku wan fatihanum, sahabat #GBH master farhah, master fa, maria, fuzza, halilah, irnawati, dan ummi hanifah! Kalian yang sentiasa membakar semangat juangku!

Terima kasih kepada nanny lyna Noh serta apak zainul untuk semua tunjuk ajar.

Dan tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong usahaku daripada belakang..terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa disisi serta adik beradik yg selalu menyokong!!

InsyaAllah saya janji akan lakukan yang lebih baik tahun hadapan.. :)

Jom join shaklee di bawah empayar kami..
Hubungi saya 0177164989 ya.. insyaAllah saya bantu anda..

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design