Thursday, 3 January 2013

Vitamin sintetik VS Vitamin Organik


VITAMIN SINTETIK @ VITAMIN ORGANIK?

AYAM CUCUK @ AYAM KAMPUNG?





itulah antara perumpamaan yg boleh kita buat utk mudah faham.org sanggup bayar lebih utk sesuatu yg organik & lbh sihat..dan ada yg sehingga tidak makan pun ayam cucuk ni kerana TERLALU BANYAK KESAN TAK ELOK.

berbalik kpd vitamin tadi...terdapat PALING KURANG 4 perbezaan antara keduanya..



1.CARA PENGHASILAN
vitamin organik sudah tentunya dihasilkan menggunakan bahan2 semulajadi yg hanya mengambil intipatinya shja & menyingkirkan fiber.sbg contoh, sekiranya ingin menghasilkan vitamin c, buah oren hanya diambil jusnya dan seratnya dibuang.
berbeza dgn vitamin sintetik yg dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2.KESAN/KESERASIAN KEPADA BADAN
sudah tentulah vitamin organik lebih serasi dgn badan kita krn dihasilkan adalah drpada bahan2 yg kita makan dlm menu seharian.maka ia dpt bertindak balas dgn baik malah dpt memberi kesan yg lebih baik.
berbanding vitamin sintetik, ia dihasilkan drpd bukan bahan semulajadi.dan jgn terkejut jika ada sesetengah vitamin spt vitamin B complex dihasilkan drpd tar yg digunakan utk menurap jalan.

3.HARGA
sudah tentulah harga organik lebih mahal sedikit setanding dgn kelebihannya.lihat shjalah sayur organik yg djual d giant/tesco dll.tempatnya khas, tidak bercampur dgn sayur2 yg kena sembur racun tu.soooo exclusive...

4.KESAN JANGKA MASA PANJANG
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Credit to Maria Awi 

Jika berminat untuk mendapatkan vitamin organik shaklee boleh hubungi saya 0177164989. 

Tips Penjagaan Jantung


TIP PENJAGAAN JANTUNG

Banyak penyakit yang boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapat serangan jantung atau strok antaranya tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, fibrilasi atrium atau kencing manis . Mengambil tindakan seawal mungkin dapat membantu untuk mengurangkan peluang anda mendapat serangan jantung dan strok.

Set Healthy Circulatory Shaklee dibawa khas dalam membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.

Suplement untuk jantung
Untuk mengekalkan jantung yang kuat dan sihat, anda tidak perlu menunggu sehingga umur anda mencecah 40an atau anda mendapat simptom2 penyakit jantung. 

Amalkan gaya hidup yang sihat dari awal untuk masa depan anda dan keluarga anda.

1. Sedikit latihan setiap hari. 
Senaman yang sederhana dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 30% kepada 50%. Cuba luangkan masa 30 minit untuk senaman aerobik sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Selain itu cuba untuk berjalan kaki selama 15 minit pada waktu pagi dan sebelum makan tengah hari.

2. Tetapkan matlamat yang bersesuaian untuk menurunkan berat badan. 
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, anda tidak perlu untuk kurus dengan mendadak untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Ini kerana dengan penurunan 5% hingga 10% daripada berat badan anda sudah dapat menurunkan tekanan darah, tahap kolesterol dan gula dalam darah.

3. Ambil ubat jantung anda. (sekiranya telah disahkan menghidap penyakit jantung)
Satu kajian mendapati bahawa 130,000 rakyat Amerika mati setiap tahun kerana mereka tidak mengambil ubat-ubatan jantung menbgikut apa yang telah doktor mereka sarankan. 

4. Jaga pemakanan.
Makan mengikut diet yang sihat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 24%. Isi pinggan anda dengan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, dan daging tanpa lemak.

5. Makan coklat sedikit. ( I LOVE CHOCOLATE)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang makan coklat lebih daripada sekali seminggu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak hampir 40%, kencing manis kira-kira 30%, dan strok kira-kira 30%. Sehingga penyelidik menentukan jumlah coklat yang sebenar untuk mengurangkan risiko, sebaiknya ambil coklat dalam kuantiti yang kecil supaya anda tidak mendapat berat badan berlebihan dan akan membuatkan jantung anda bekerja keras.

7. Jangan merokok. 
Merokok secara mendadak meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Anda tidak perlu menjadi antara salah seorang dalam statistik perokok. Setiap tahun, kira-kira 46000 orang mati akibat penyakit jantung yang berkaitan dengan pendedahan kepada asap rokok mereka.

8. Berjumpa la dengan doktor gigi. 
Mencuci gigi anda setiap 6 bulan boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 24% dan strok sebanyak 13%. Seseorang doktor gigi juga boleh melihat tanda-tanda penyakit jantung - seperti gusi bengkak atau gigi longgar.

9. Memberi perhatian kepada gejala/simptom/tanda luar biasa.
Jangan berharap simptom2 anda akan pergi begitu sahaja. Berjumpalah doktor anda untuk sebarang tanda-tanda luar biasa - seperti sesak nafas, perubahan dalam rentak jantung, atau keletihan. Terdapat banyak rawatan awal yang doktor boleh lakukan untuk merawat masalah jantung - sekiranya anda berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suplement Shaklee boleh berhubung terus dengan saya 0177164989. 

Wednesday, 2 January 2013

Diari Seorang Ibu: Tanda-tanda anda hamil!

Salam ceria di hari ahad ini.. alhamdulillah mood happy hari ni sbb kesihatan anak makin pulih.. terima kasih kepada yang mendoakan..
Saya nak share tentang tanda-tanda awal kehamilan yang biasanya ibu-ibu rasa..atau kdg kita tak perasan pun.. maklumat ni hasil pembacaan sy dlm buku 'Mum 2 mum pregnancy guide' and 'your pregnancy week by week'

1. Bengkak payudara dan puting sensentif
-ini merupakan salah satu tanda yang sangat ketara ketika ibu mula hamil. Ibu akan rasa sakit dan bengkak payudara serta kawasan areola yang semakin hitam..Ini adalah kerana badan ibu sedang bersedia untuk menghasilkan susu. Jadi hormon meningkat yang menyebabkan simptom ini. Selain itu puting pun akan terasa lebih sensitif. Gambar breast kiri adalah sebelum hamil dan kanan adalah ketika hamil.

2. Loya atau 'morning sickness'
-Kebanyakkan wanita mengalaminya. Sesetengah pakar mempercayai ia berlaku akibat ketidakserasian gene ibu dan ayah ketika bersatu (tetapi ini tidak membawa apa2 maksud dlm kehidupan). Selalunya simptom ini hadir di waktu pagi ketika menggosok gigi, makan sarapan atau minum air tetapi ada juga ibu yang dapat simptom ini di hujung hari menjelang maghrib. Ada juga yang loya seharian tidak boleh makan dan minum sepanjang hari sehingga terpaksa di masukkan ke hospital.
Loya ini boleh di atasi dengan mengambil porsi makanan yang kecil tetapi lebih kerap. Ada sesetengah wanita berpendapat makanan masin and susu suam membantu.
3. Keletihan yang melampau
-Rasa letih yang melampau.Asyik rasa nak tidur sahaja walaupun beberapa minit. Dalam beberapa minggu awal kehamilan anak yg sedang terbentuk menggunakan tenaga ibu, jadi ibu akan berasa letih.

4. Kerap membuang air kecil
-Sebilangan wanita hamil akan rasa janggal pada awalnya kerana kerap ke bilik air. Keadaan uterus yang sedang membesar menekan pundi kencing dan keadaan ibu hamil yang akan menghasilkan lebih banyak air semasa mengandung. Keadaan ini akan kekal sepanjang 9 bulan 10 hari kandungan.

5.Ketidakselesaan perut
- Kadang-kadang sesetengah wanita akan rasa sakit dibahagian abdomen. Sakit ini seolah-olah sakit "PMS" yang kita dpt setiap kali sebelum dtg haid. Ini kerana telur yang baru disenyawakan sedang cuba untuk menempel di bahagian dinding uterus ibu. Dan uterus ibu sedang berkembang sebagai langkah bersiap sedia untuk sembilan bulan seterusnya. 

6. Perubahan kulit
- Disebabkan ketidakseimbangan hormon, kulit menjadi sensitif dan pigmentasi senang terbentuk..tapi jangan khuatir, ianya untuk sementara sahaja.

7. Peningkatan suhu badan (macam nak demam)
- Ibu selalu rasa panas dan mudah rasa macam nak demam. 

8. Perubahan mood dan kerap marah/melenting
- Dengan semua perubahan yang saya sebutkan di atas, di tambah pula dengan ketidakseimbangan hormon, kita lebih senang untuk marah dan emosi tidak stabil. Normal jika kadang-kadang ibu rasa sedih, sunyi, suram gembira silih berganti.. Jadi perlu diberitahu kepada suami kt ini semua hanya pembawakkan budak.. :)


Setiap kali hamil pasti akan ada perasaan dan simptom-simptom yang berbeza.. secara keseluruhannya mungkin sama. Semoga entry kali ini dapat memberi ilmu yang berguna kpd kita semua.

Sepanjang usia kehamilan adalah amat penting untuk kita ambil dan amalkan pemakanan yang seimbang.
Saya mengambil produk kehamilan shaklee iaitu vita lea, vita c/nutriferon (sbb vita c habis stok satu malaysia), bcomplex, ostematrix, omega dan esp dari seawal 8 minggu. Alhamdulillah ia memberikan sy lebih tenaga, ceria dan saya masih mampu meneruskan penyusuan anak sulung saya yang berusia setahun 8 bulan.  
Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk2 shaklee ni, boleh sms atau whatsapp sy 0177164989. InsyaAllah harga terbaik! :) 

Email: www.xercestouch@gmail.com
Fanpage: www.facebook.com/pages/Be_Healthy/349720521785433
2nd Blog: http://xercestouch.com/

Wednesday, 14 November 2012

Peringatan Buat Diriku yang Lupa : Ahlan wa sahlan 1434H!

salam.. hari ini merupakan hari terakhir dalam kalender islam iaitu 1433H. Jadi esok adalah Awal Muaharam atau Maal Hijrah tahun 1434H.

Pagi tadi on the way pg kerja teringat kata2 DJ radio, mengingatkan betapa kita lalai dgn kalender biasa sampai kadang2 lupa terus tahun Hijrah ini. Tahun Hijrah ini di kira berdasarkan penghijrahan Nabi SAW dr Makkah ke Madinah. Maka selayaknya sebagai umat Islam kt patut berbangga menggunakannya dan semoga semangat Hijrah Rasulullah SAW sentiasa bersama kt.. AMIN.

Terfikir sejenak berapa umur ku sekirannya dikira menggunakan kalender Hijrah..?? Betapa lalai kt selama ini.. Ya Allah ampunkan kami..

Di petang hari akhir tahun 1433 H ini elok di baca doa akhir dan awal tahun.. semoga syaitan semua hampa dengan kt sepanjang tahun hadapan. Dan semoga kt diberi kekuatan untuk terus beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah yang berjaya di muka bumi ini. Amin




Ditahun baru ini moga kita semua dapat menjadi mukmin yang berjaya. Amin

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design