Saturday, 23 March 2013

Diet Atkins Cara Terbaru Untuk Kurus!!-Bahagian Kedua

Atkins menukarkan badan anda kepada fat-burning machine.


Metabolisma  adalah proses yang menukarkan apa yang anda makan kepada tenaga atau kepada bahan simpanan dalam badan. Makan makanan yang betul dapat meningkatkan penggunaan metabolisma tubuh badan anda dan mengawal lemak dalam badan. Apabila badan kurang bergantung kepada karbohidrat untuk mendapatkan tenaga, badan anda akan bertukar kepada mesin membakar lemak untuk supaya dapat hasilkan tenaga.

Keluar daripada kebiasaan metabolisma gula dalam darah!


Apabila anda mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, ia akan ditukar kepada glukosa, yang akan dibawa melalui salur darah anda ke seluruh badan anda. Kandungan glukosa dalam darah yang tinggi dalam badan akan mengaktifkan insulin, iaitu hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah anda dan saya.

Disebabkan badan kita hanya dapat menyimpan tak lebih daripada separuh tenaga yang diperlukan setiap hari dalam bentuk glukosa - tidak seperti lemak yang boleh menyimpan tenaga berlebihan - maka badan akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga sebaik sahaja dicerna dan diserap ke dalam darah. Selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat, badan akan berhenti menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan mula menggunakan glukosa yang dihasilkan oleh insulin untuk mengelakkan darah tinggi dengan gula. Maka tenaga dihasilkan daripada karbohidrat.

Lemak akan di'anaktiri'kan dan sentiasa dibelakangkan sebagai penyumbang kepada metabolisma tenaga. Anda boleh mengubah situasi ini dengan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga dan bukan lagi karbohidrat. Inilah teori yang Dr. Atkin cuba ketengahkan.

Dengan mengubah imbangan karbohidrat, lemak dan protein dalam diet anda, anda akan tingkatkan tenaga dan menstabilkan pada aras yang tetap.

Bila anda makan makanan yang terdiri daripada protein, lemak dan serat maka tubuh anda akan kurang merembeskan insulin. Apabila karbohidrat yang anda ambil dalam bentuk high fiber whole food, glukosa akan ditukarkan dengan lebih perlahan, paras gula dalam darah anda akan lebih stabil dengan lebih lama.

Untuk lebih jelas, makan lemak bukan buatkan anda gemuk asalkan anda memastikan badan membakar lemak untuk tenaga!!!


Dua kesalahan dalam diet yang tidak sihat : overeating atau terlalu banyak makan dan karbohidrat. Inilah rahsia Atkins Diet dan kunci kepada penurunan berat badan dan pengekalan berat yang ideal - tanpa kelaparan dan kempunan.

Dapatkan berat badan yang ideal mulai hari ini!! Apa pun cara anda, yang penting usaha, pemakanan seimbang, kerap bersenam, tekad dan paling penting tawakkal!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Performance Drink Sangat Menyegarkan!!

Semalam usai pulang dari kerja, suami saya sudah bersiap-siap dengan pakaian joggingnya. Saya pun apa lagi bergegas ke dapur untuk buatkan segelas perfomance drink Shaklee. 
Saya bancuhkan 3 sudu besar bersama air sejuk...
Terus saya hidangkan buat suami tercinta..Alhamdulillah suami ckp sangat menyegarkan!! 


Kenapa saya memilih Performance Drink ini untuk suami??
Maklumat diperolehi daripada SHAKLEE


Penghilang Dahaga 
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Rasa die manis-manis buah citrus..tak masam pun.. yang penting sangat menyegarkan!!!

Jangan tak tahu atlet terkemuka Tiger Woods pun ambil Performance Drink ni.. :)

Saya syorkan kepada mereka-mereka yang gemar bersukan, cubalah Performance Drink dari shaklee!! 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Thursday, 21 March 2013

Diet Atkins Cara Terbaru Untuk Kurus!!-Bahagian Pertama

Diet Atkins??

Saya mengenali Diet Atkins daripada seorang kawan semasa menuntut di kolej perubatan dahulu. Kawan saya ini memperkenal, mengamalkan diet Atkins dan mengakui keberkesanannya.

Prinsipnya mudah. Menukarkan badan daripada menggunakan karbohidrat sebagai tenaga kepada lemak. Ini bermakna lemak akan dibakar untuk membekalkan tenaga. Lebih banyak lemak dibakar lebih kuruslah anda.
fat
Tetapi sebelum badan dapat menggunakan lemak sebagai tenaga, kesemua karbohidrat dan simpanannya perlu digunakan. Maka terbitlah idea 4 fasa pemakanan berdasarkan tahap penggunaan karbohidrat (carb.) dan lemak.

Semasa anda mengamalkan diet atkins anda akan mengambil makanan seperti biasa malah anda dibenarkan mengambil ayam goreng dan makanan lain yang berlemak tetapi di'haram'kan sama sekali menjamah makanan berunsurkan karbohidrat.

Ini bermakna anda boleh makan daging burger sahaja tanpa rotinya, makan lauk pauk tanpa nasi, makan topping piza tanpa roti piza.
burger without bun

Apabila sumber karbohidrat anda makin berkurangan badan akan mula menggunakan sumber tenaga yang lain seperti lemak dan protein. Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Segala lemak-lemak yang berkumpul dalam badan akan dibakar untuk ditukar kepada tenaga. MUDAH BUKAN?

Saya bercerita panjang tentang diet Atkins ini tapi saya tidak mengamalkan sepenuhnya disebabkan faktor sy masih menyusu Amru. Saya buat diet ini time malam jer iaitu tak makan nasi dan hanya makan sayur seta protein..Perbezaan?? Saya tak timbang tapi mak ayah, nenek atok dan sahabat ada menegur sy sedikit kurus...TETAPI suami saya berjaya menurunkan berat badan 5kg lepas mengamalkan diet atkins selama sebulan. Beliau bukan pengamal atkin tegar tetapi mengamalkan secara sambilan. Nasi dikurangkan portion. Makan nasi sekali sehari je masa lunch. Malam makan lauk! Minum air banyak. Rajin berjoging.







jogging
InsyaAllah

Wednesday, 20 March 2013

Tips Penyusuan Susu Ibu dan Milk Booster!

Milk booster? Apakah itu milk booster?

Sebut je milk booster ni, mesti popular dikalangan ibu-ibu menyusu. Milk booster ini dalam bahasa melayu nya ialah PENGGALAK SUSU. Antara milk booster yang terkenal adalah Alfalfa, Halba, soya, ikan yu putih dan lain-lain 

Ramai di antara kita yg sebenarnya salah faham atau tidak faham tentang milk booster dan penghasilan susu ibu ni..majoriti berfikir kena ambik milk booster utk menghasilkan susu tanpa betul-betul faham konsep sebenar iaitu demand and supply atau permintaan dan bekalan..



Lagi byk susu diminum atau dipam keluar,lagi banyak susu dihasilkan,mudahkan..anda hanya perlu menyusu atau pump 2-3jam sekali..jika konsep ini diamalkan bersama pemakanan dan air yang mencukupi, insyaAllah susu meriah..
Tidak dinafikan faktor luar spt stress,period,pemakanan tidak seimbang,kehamilan atau kurang air mempengaruhi penghasilan dan kuantiti susu.. Namun jika ada permintaan yg banyak maka susu yang banyak akan dihasilkan..

Jika konsep ini sudah difahami maka ibu-ibu harusla bertekad untuk meneruskan susu ibu sehingga dua tahun.
Supplemen kesihatan dan alfalfa boleh diambil untuk menjadikan ibu segar,cerdas, bertenaga, emosi yang ceria dan stabil. selain daripada itu supplemen ni dapat tampung mana-mana kelompongan zat dan nutrisi yang nak diberi kepada bayi.

Selain drpd itu minum air masak yg mencukupi sekurang-kurangnya 2-3liter sehari..
Dan yang paling utama setelah kita berusaha ialah doa dipermudahkan dan dimurahkan rezeki susu ibu.


Secara ringkasnya tips penyusuan susu ibu:

  • Tekad dan azam untuk menyusukan bayi anda selama 2tahun. Pastikan ianya tidak mampu disangkal oleh sesiapun.
  • Pemahaman dan apklikasi konsep demand and supply.
  • Mengamalkan pemakanan atau supplemen kesihatan yang mampun memberi kesan positif kepada ibu
  • Minum air masak 2-3 liter sehari
  • Doa dimurahkan rezeki susu anak.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design