Thursday, 16 January 2014

Pemakanan bayi untuk 2 tahun Pertama

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah nak setengah tahun bersalinkan khadeeja el hannan!
Perasaan indah tak terkata dapat melahirkan 2 permata hati yang tak ternilai.. melahirkan membesarkan dan membelai mereka setiap hari adalah saat berharga buat saya!
www.facebook.com/breastpumpevelove

Saya yakin mommies lain pun begitu.. mungkin sesetengah pihak berfikiran sy terlalu obses tentang penyusuan susu ibu ni namun mommies yang pernah merasai pengalaman menyusukan anak pasti tahu sebab disebaliknya!
www.facebook.com/breastpumpevelove


Cecair Emas ciptaan Allah buat anak anak kecil ini adalah yg terbaik buat mereka. Mereka berhak mendapatkannya sehingga 2 tahun. Kecanggihan Sains pun tidak mampu menyangkal kebaikan susu ibu terhadap bayi..terlalu banyak kebaikan nya..antaranya merapatkan bonding, susu lengkap pelbagai khasiat, kaya antibodi, mudah hadam dan banyak lagi....errr mungkin saya share lagi kemudian.



www.facebook.com/breastpumpevelove

Pemakanan 2 tahun pertama penting kerana mereka membesar dgn cepat dalam tempoh masa ini.
Jom kita share berapa banyak susu yang bayi kita perlukan?
*0-1bulan 60ml setiap penyusuan. Diberi dalam 8 kali sehari
*1-2bulan 90ml setiap penyusuan. Diberi dalam 7 kali sehari
*2-4bulan 120ml setiap penyusuan. Diberi dalam 6kali sehari
*4-6bulan 150ml setiap penyusuan. Diberi dalam 6kali sehari



www.facebook.com/breastpumpevelove


Namun ia bergantung kepada kepeluan bayi atau anak anda.. kerana mengikut polisi penyusuan kita menyusu 'on demand'. Selagi anak mahu menyusu kita layan kan aje.. :)

Apabila bayi bertambah besar dan aktif keperluan tenaga dann pemakanannya juga bertambah. Susu ibu tidak lagi dpt memenuhi keperluannya apabila anak mencapai 6bulan.
Sekarang mereka memerlukan makanan tambahan atau 'complementary feeding' selain daripada susu ibu. Maka dapatlah membantu membekalkan tenaga dan nutrient lain yang diperlukan seperti zat besi, zink dan vitamin A.

Panjang dah cerita.. sebenarnya sharing ni sebab teringat 20jan ni genapla khadeeja el hannan 180hari atau 6bulan! Maka kena start dah fikir menu complementary feeding buatnya!
InsyaAllah pasti akan berkongsi dengan mommies semua!

p/s: promosi breastpump evelove januari 2014 masih berlangsung..cepat dapatkannya..sebarang pertanyaan dan konsultasi susu ibu boleh sms/whatsapp 0177164989 (safuhah)

Wednesday, 15 January 2014

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

As salam mommies..

hari ni nak share POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA.


Apa yang dimaksudkan dengan polisi penyusuan susu ibu ini?

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2tahun.


Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan atau 180 hari.

Ini bermakna dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi:

~ diberi susu ibu sahaja

~ tidak perlu air atau susu tambahan

~ tidak perlu makanan pelengkap

~kasih HAWA untuk semua~

 

Aku Terima Nikahnya Muhammad Ibrahim!

As salam dan salam maulidur rasul buat semua mommies.. moga kita semua beroleh kesempatan utk selawat ke atas Nabi Muhammad Saw. 


Alhamdulillah hari ni 'oncall' ku sunyi sepi tanpa panggilan dari hospital.. rutin harianku sebagai ummi kepada amru dan hannan.
Melayan mereka, memberikan susu ibu buat mereka dan bermain bersama..
Dah beberapa hari mr.hubby ajak jalan jalan setia city mall katanya nak belikan hadiah jam tangan :). Maka hari ni sempatla saya ajak mr hubby ke setia city mall lps hubby pulang dr kerja jam 6ptg. Anak-anak tinggal di rumah.
Jalan-jalan jumpa jam yang di cari cari.. alhamdulillah sangat puas hati dan berkenan.. dan seperti biasa mr.hubby kalau tak singgah kedai buku mmg tak sah.. singgahla MPH. Terjumpa buku Aku Terima Nikahnya karya ustaz Hasrizal..ni buku yang kulit tebal gabungan 3 buku buku ustaz yang mmg saya nak sangat baca:

1. Aku terima nikahnya

2. Bercinta sampai ke syurga

3. Murabbi cinta

Yang first book je dah baca.. yang lagi 2 belum.baca..hihi, actually lama dah suruh mr.hubby belikan buku ni.. kononnya hadiah lps bersalin..tp anak dah 2 belum rezeki lagi dpt dr hubby.. akhirnya saya beli sendiri hari ni.. say juga belikan 'hadiah' kecil buat mr.hubby iaitu buku Nota hati seorang lelaki karya ustaz pahrol mohd juoi..

Nak ceritanya.. sambil jalan jalan hanya tgk masa dan jam..hati rasa gundah meninggalkan anak anak dirumah.. asyik nak balik je.. kesian mereka..

Tapi lepas baca sedikit intipati dari buku aku terima nikahnya ni.. yang berbunyi ".....tetapi sy sendiri mengambilnya sebagai peringatan. Bahawa dlm sebuah rmhtangga pasangan beranak 3, ibu bapa dan anak anak bukanla segalnya. Selama mana sekalipun bahtera rmhtangga belayar, suami dan isteri tetap ada.
Jangan dibiarkan kehangatan itu padam oleh rutin harian yang demikian.
Hari ini, sy dan isteri mengambil cuti. Anak anak tinggal di sekolah dan nurseri sehingga petang. Sepanjang hari ini, sy dan isteri keluar makan bersama tanpa Saiful Islam tanpa Naurah Sabihah dan tanpa Muhammad Imaduddin.
Semuanya kerana dalam kehidupan kami sekeluarga masih ada suami dan isteri, dan hari ini adalah hari untuk kami berdua."


Lepas baca saya tersenyum dan terus beritahu mr.hubby. Dia tersenyum dan berkata tak salah la kita keluar berdua.. kadang benar, kita suami isteri kekurangan waktu kualiti berdua disebabkan kesibukkan rumah tangga yang lain..
Alhamdulillah kami bahagia.. moga Allah terus memberkati bahtera rumah tangga kami!

Saturday, 4 January 2014

Pabila dapurku berasap: Homemade Pancakes yang gebu dan sedap!


Alhamdulillah bangun2 pagi sabtu ni terasa nak buat breakfast special utk family..hubby pulak keje malam kan... so trinngat ada jagung cream.. sy pun olah resipi yg dgoogle ikut selera ibu mengandung ni... nama nya pancake jagung seri mealshakes.. sempena promo mealshakes gitu... huhu.. cubala mmg gebussss n lembut habis... sedap dihidangkan bersama madu atau choc sauce.. amru mkn smpi menjilat jari..dappp ummi..katanya.. 
3tbsp marjerin/butter dcairkan
1bj telur
1 1/2 cwn self raising flour
1tsp baking powder
1tbsp gula castor
1tbsp mealshakes
1 cwn susu segar/susu ibu
Secubit garam
1tbsp jus lemon (ikut suka)
Cream jagung



Lupa pulak nak ckp cara menyediakan kat atas tu.. senang je masukkan semua bhn dlm blender..belend smpi sebati n tidak berketul..kalau pekat sgt..tmbh air sikit... biarkan 5 10 minit sebelum dimasak di ats kuali leper... mmg sedap...boleh try dgn vanila cream atau ice cream ke...choc sauce je ke...blueberry jem

selamat mencuba!!

pancake
ni la hasilnya.. ;)

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design