Dalam beberapa kajian didapati para bakal ibu yang lebih relax dan happy lebih mudah mendapat anak berbanding mereka yang stres dan tertekan. Sekiranya anda belum mendapat anak dan tertekan peluang anda untuk mendapat anak makin tipis.
Waktu ovulasi iaitu waktu di mana ovum anda dilepaskan oleh ovari. Waktu ini adalah waktu subur anda. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui bila waktu ovulasi berlaku.
- Cara kalender - cara ini sesuai bagi perempuan yang haidnya tetap. Tandakan pada kalender bila hari pertama anda haid. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid selama 28hari kemungkinan ovulasi adalah pada hari ke-14. Sekiranya haid anda tidak tetap agak susah untuk menentukan ovulasi dengan kaedah kalender.
- Carta suhu badan - sebaik sahaja anda ovulasi suhu badan anda akan meningkat sedikit dan kekal pada suhu baru ini sehingga selepas haid anda. Caranya adalah dengan mengambil suhu badan pada waktu yang sama setiap hari dan menanda pada carta suhu badan anda. Dengan kaedah ini anda dapat mengetahui bila ovulasi anda berlaku. Iaitu pada waktu di mana sebelum sebaik sahaja suhu badan anda meningkat. Anda perlu memantau carta ini selama beberapa bulan sebelum nampak corak kitaran suhu anda.
- Memantau cairan mukus cervix - mukus akan dihasilkan oleh vagina anda untuk memudahkan sperma berenang. Ketika anda subur mukus ini seperti putih telur dan melekit. Dengan memantau perubahan pada tekstur cairan mukus vagina anda dapat ketahui bila anda subur.
- Kit ovulasi - kit untuk mengesan bila anda subur. Boleh didapati di farmasi. Kit ini mengesan luteinizing hormone dalam air kencing. Caranya sangat mudah. Tapi saya tidak pasti kit ini mudah didapati atau tidak di farmasi di Malaysia.
Shaklee ada menawarkan set kesuburan bagi si suami dan juga si isteri. Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi vitalea, B Complex, Vita-C, alfalfa dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex.
0 comments:
Post a Comment