Monday, 29 April 2013

Anak Laki vs Anak Perempuan

Bagi sesetengah ibu bapa jantina anak bukanlah perkara besar asalkan anak mereka sihat. Bagi sesetengah yang lain pula jantina adalah perkara penting. Mungkin ibu bapa yang sudah memiliki ramai anak lelaki mereka menunggu pula ketibaan anak perempuan. Atau bagi mereka yang memiliki empayar perniagaan yang besar anak lelaki ditunggu-tunggu untuk mewarisi perniagaan mereka.



Berdasarkan ilmu sains perubatan, anak lelaki adalah hasil gabungan ovum si ibu dengan sperma Y si bapa manakala anak perempuan adalah hasil percantuman ovum dengan sperma X si bapa. Maka penentu jantina anak terletak pada sperma si bapa. Namun adakah cara untuk kita gunapakai dan manipulasi supaya jantina anak dapat dipilih?



Saya terbaca dalam sebuah buku tentang kehamilan kita boleh manipulasi beberapa perkara dalam 'memilih' jantina anak kita. Kaedah yang digunapakai ini juga berdasarkan beberapa teori berkenaan sperm X dan Y.

Antara kaedah popular yang digunapakai adalah timing sex. Sperm Y berenang lebih laju tetapi mati lebih cepat berbanding sperm X. Maka untuk dapatkan anak lelaki elakkan hubungan sex 2-3hari sebelum masa subur anda dan lakukan sex sebaik sahaja subur supaya sperm Y dapat sampai dahulu ke ovum. Untuk mendapatkan bayi perempuan pula anda disarankan melakukan hubungan sex 2-3 hari sebelum waktu subur supaya ketika anda subur hanya tinggal sperm X untuk mensenyawa ovum.



Sperm Y dikatakan menyukai keadaan alkali manakala sperm X lebih suka keadaan asid. Anda boleh mencuba kaedah berikut setengah jam sebelum hubungan sex. Bagi anak lelaki basuh atau lumurkan vagina anda dengan larutan soda bicarbonate (alkali) manakala untuk mendapatkan anak perempuan pula basuh atau flush vagina dengan air lemon atau cuka (asid).



Kakak ipar saya ada pernah bercerita tentang cara tradisional untuk dapatkan anak lelaki. Si ayah kena makan ikan banyak-banyak baru dapat anak lelaki.

Walau apapun cara yang dipakai anak yang dilahirkan adalah rahmat dan rezeki yang patut diraikan tanpa mengira samada lelaki atau perempuan. Bayangkan perasaan mereka yang belum menimang cahaya mata setelah sekian lama mendirikan rumah tangga. Semestinya jantina bukan persoalan asalkan anak sihat.
Shaklee ada menawarkan set kesuburan bagi si suami dan juga si isteri. Set kesuburan bagi si suami terdiri daripada zinc complex dan vita E manakala set kesuburan si isteri pula terdiri daripada alfalfa complex dan GLA complex.

0 comments:

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design