Friday, 2 May 2014

TANDA TANDA AWAL BAYI MAHU SUSU/LAPAR (Feeding Cues)


TANDA TANDA AWAL BAYI MAHU SUSU/BAYI LAPAR


Dalam penyusuan Susu Ibu, bayi adalah penentu segala-galanya. Ibu perlu melihat kepada bayi, bukan kepada jam (watch the baby not the clock). Di bawah adalah antara tanda-tanda bayi bersedia untuk penyusuan Susu Ibu:
~Badan bayi bergerak-gerak
~Bayi menggerakkan tangan ke mulut dan kadang-kadang menghisap tangan.
~Mulut bayi terbuka dan seolah-olah sedang menghisap sesuatu
~mulut bayi tercari-cari puting apabila disentuh

Apabila tanda-tanda ini diabaikan oleh mommy, bayi akan mula merasa gelisah dan mengeluarkan bunyi atau menangis sekejap-sekejap. Jika masih tidak mendapat Susu Ibu, bayi akan menangis sekuatnya.

TIPS: bila bayi dah mengamuk dan menangis sekuat hati,sukar bagi mommies untuk beri susu ibu..jadi mommies kenala tenangkan bayi dan pujuknya dahulu sebelum letakkan di payudara semula.

Info dari Buku Membesar anak hebat dengan Susu Ibu.



Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Sunday, 27 April 2014

Menarik Sangat Ke Sabah? Day 1

Kundasang!!! Adalah destinasi wajib pergi semua pengunjung yang bercuti ke Sabah! Kami  juga tidak mahu ketinggalan menyaksikan panorama alam yang indah ini..
Perjalanan percutian kami di sabah hari ini adalah menuju kundasang. Kundasang ni ala ala cameron jika di semenanjung. Kami gerak dah dlm pukul 8pagi dan tiba di kundasang jam 12tghr. Sebenarnya takdela jauh sangat dalam 2jam je, tapi hari ni jalan jam sebab ada road block. 
Sepanjang perjalanan menuju kundasang kami melintasi beberapa buah daerah iaitu tamparuli, pekan nabalu dan akhirnya kundasang sebelum ke ranau.
Setibanya di kundasang jam pkl 12 tghr jadi belum boleh check in, kami terus ke pekan ranau. Di kundasang ni susah nak jumpa kedai makan halal. Jadinya kami ke ranau untuk makan tengahri.
Selesai makan kami bergerak ke Poring Hot spring. Di sini ada kolam air panas yang telah dialirkan kepada beberapa biji kolam persendirian. Ada juga rock pool dan mini taman tema. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke tempat ini ialah rm3 seorang dewasa dan kanak kanak 7 tahun percuma. Ramai pelawat yang datang ke sini untuk merehatkan badan dan minda selain menikmati terapi air panas.

Setelah selesai berendam kaki, kami menuju ke kg. Luanti fish massage. Ha... tempat ni paling kami enjoy hari ini!! Pengalaman baru buat kami semua. Di sini pengunjung perlu bayar rm3 dewasa untuk sekali masuk. kat sini kami semua di tunjukkan tempat ikan kelah ini suka duduk dan sangat manja. 

Sebaik sahaja kaki memijak air, ikan ikan kelah yang sangat mesra terus menyapa dan mencium kaki kami serta menghisap daki daki kaki kami. Perasaannya? Sesungguhnya saya amat geli tapi hannan berani dan relax. Gelak gelak die main air.. Amru pula berani dari jauh sahaja. Cuma boleh duduk sini selama 15 minit sahaja. Apa pun pengalaman yang sangat berharga dan kami semua gelak sampai terbatuk batuk melihat aksi masing-masing. ;)
Setelah bersiap siap lepas mandi kami bergerak pula ke sabah tea. Sabah tea ini sebenarnya ladang teh macam boh cameron tu... alhamdulillah pemandangan yang memukau.. tapi cameron lagi cantik dan nyaman. Mungkin kerana jenis teh yang berbeza. Di sini jalan nak ke ladang dan restoran ni sangat mencabar. Orang yang tak loya pun boleh loya. Sempatla minum teh panas serta kuih untuk minum petang. 

Jam dah pkl 5lebih hampir 6 ptg. Masa untuk bergerak pulang ke hotel untuk berehat.
Kami menginap di kinabalu pine resort. Bestla, cantik.. yang paling best bukan sekadar dpt breakfast free tapi mereka bagi dinner free lagi and lauk pun banyak!
Secara keseluruhan, kami sangat puas hati ;)
Okla letih ni.. esok sambung!

Saturday, 26 April 2014

Percutian tip top!!

Morning... hari ni bersiaran dari kota kinabalu sabah bah...
Alhamdulillah sejak join shaklee ni, ada je rezeki lebih...boleh la bawa family jalan jalan...
Alhamdulillah.. ramai dah merasa bonus 4 5 angka setiap pertengahan bulan.
Hari ni nak share supplement yang saya bawak ketika bercuti.. almaklumla ibu kena bertenaga untuk urus anak anak.. dan anak anak pun kena pastikan kesihatan tip top alhamdulillah..
Takdela merengek sepanjang perjalanan..

Saya bawa
1. Vita lea utk tenaga segera yang berpanjangan
2. Herbalax untuk sistem pelawasan..sebab selalunya akan sembelit sebab bukan toilet sendiri..
3. Sr vita c untuk immun sistem ibu dan anak
4. Carotomax untuk penjagaan mata saya.
5. Nutreferon untuk memastikan kesiahatan dan immun anak anak mantap.

Moga perjalanan kali Ini dimudahkan Allah dan kami ceria dan kekal sihat..

Nantikan perkongsian seterusnya :)

Segala pertanyaan tentang supplement shaklee boleh hubungi saya 0177164989!!

Thursday, 24 April 2014

Menyusu sebelah pada satu masa.

Mommies semua.. gambar di bawah ni merupakan pertanyaan daripada kastemer yang membeli breastpump eve love dari saya.

Sebenarnya kandungan dalam susu ibu sendiri terbahagi kepada yang utama 2 iaitu foremilk dan hindmilk. Foremilk ni mengandungi lebi cecair maka bila anak baru minum cukup untuk menghilangkan dahaga mereka.

Yang kedua ialah Hindmilk. Hindmilk ni lebih dikenali sebagai susu pekat atau susu akhir. Jika mommy semua perasan susu yang dipump keluar lepas seketika akan terbahagi kepada 2 lapisan.. selalunya yang terapung tula lemak susu...
Kalau tak pun bila kita pump mula mula keluar macam air shj..lepas tu baru kita perasan susu makin pekat warnanya dan lebih kepada warna sebenar susu...itula foremilk.
Susu hindmilk utk tambahkan berat memberi tanga bakar yang berpanjangan.
Ok berbalik kepada soalan kastemer saya.sebernya cara tersebut salah la. Kita kena bagitahu dia bahawasanya anak tidak dpt nutrisi yang memadai. Lebih baik diberikan sebelah sahaja smbil tiap kali minum.. biar die minum sebelah sahaja baru bayi akan dapat khasiat hindmilk sampai besar.

Sebarang pertanyaan mengenai supplement shaklee atau penyusuan susu ibu boleh sms whatsapp 0177164989

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design