Tuesday, 6 May 2014

Nursing Bra Ala La Senza untuk Ibu ibu moden!!


Berita baik Berita baik!!!
Berita baik untuk semua mommies!!

Alhamdulillah awal Mei lepas Eve Love telan melancarkan produk terbaru mereka iaitu Nursing Bra atau coli menyusu.





Apa yang istimewa Nursing Bra Eve Love ialah design dan warna yang tidak lagi membosankan seperti kebanyakkan Nursing Bra di luar sana!!





Saya yakin ibu ibu moden yang menyusu di luar sana juga mahu tampil berkeyakinan dengan Nursing Bra yang cantik dan sungguh exclusive serta elegen ini!






Terdapat dalam pelbagai saiz dan antara keistimewaannya ialah:1. Bertali Lebar untuk sokongan maksimum2. Klip bukaan pada bahagian manggkuk hadapan untuk memudahkan penyusuan3. Kain yang selesa dan berkualiti4. Design yang menarik dan elegan




Mommies, sila pastikan anda membeli bra dengan saiz yang betul. Ini adalah sangat penting untuk memastikan mommies mendapat keselesaan dan sokongan maksimum. Dengan memastikan anda memakai Nursing Bra yang tepat atau siaz yang betul, boleh mengelakkan anda daripada masalah penyusuan susu ibu seperti duktus tersumbat (blocked duct).

Di bawah menunjukkan cara-cara anda mengukur saiz mangkuk nursing bra anda.


Sempena Perasmian produk terbaru Eve Love, kami berbesar hati untuk memberikan harga terbaik di pasaran!RM69.90 untuk sehelaiRM120 untuk 2 helaiRM200 untuk 4 helai!
Memang jimat berbaloi-baloi.Untuk pembelian boleh sms atau whatsapp saya di 0177164989 (Safuhah)


Boleh rujuk jadual di atas untuk saiz dan design yang ada. :)





Monday, 5 May 2014

Struktur Anatomi Payudara Ibu

Struktur Anatomi Payudara Ibu.




Selamat pagi mommies semua.. topik pagi ni ala-ala kelas sains tingkatan 3 dolu dolu  Mommies yang menyusu sepatutnya tahu tentang anatomi ini untuk kita faham konsep penyusuan yang sebenar. Jom kita sama- sama bincang struktur manakah yang sebenarnya bertangunggjawab untuk menghasilkan SUSU IBU??A. PUTINGB. SINUS LACTIFERUSC. DUKTUS LACTIFERUSD. LOBUS (ALVEOLI)





Ini merupakan soalan yang saya kongsikan di page Breastpumpevelove saya. Rata-rata ramai yang menjawab duktus lactiferus atau lobus iaitu C & D. 

Jawapannya ialah D iaitu Lobus dimana ada alveolus yang mempunyai sel-sel lactocyte dan sel otot. 
sel lactocyte atau glandular cell ini fungsinya menghasilkan susu dengan kehadiran hormon prolaktin.
Sel otot pula akan menyebabkan dinding alveolus mengecut dengan kehadiran hormon oxytocin. Apabila alveolus mengecut, susu dialirkan keluar ke dalam duktus lactiferus seterusnya berkumpul di sinus lactiferus. Apabila bayi melekap untuk penyusuan, bahagian sinus akan terpicit dan susu dialirkan keluar melalui lubang puting.

Secara kasarnya begitulah penghasilan susu ibu. InsyaAllah akan saya share lagi kemudian.

Ada mommies yang nak utarakan pendapat atau soalan? Boleh tulis di ruangan 'comment'.

Happy breastfeeding mommies!!

<3 Kasih Hawa Untuk Semua <3

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Sunday, 4 May 2014

Kenapa Saya Menyesal Join Shaklee?


Menyesal join shaklee?

Mesti propa kan kenyataan di atas? Haa.. baca habis dulu ye semua mommies!
Sebenarnya saya nak share kekesalan saya lewat join shaklee. Ini kerana saya lambat sedar yang shaklee buka ruang dan peluang yang besar kepada semua.
Saya menyesal sebab saya tahu lambat. Tapi jangan dilupa qada' dan qadar Allah. Setiap yang berlaku pasti ada HikmahNya. InsyaAllah.

Shaklee? Ada apa dengan shaklee?

Shaklee sebuah syarikat gergasi yang sudah lebih 50tahun dalam pasaran. Malah ia merupakan syarikat pertama yang mencipta multivitamin dalam bentuk sirap atau cecair. Saya mengenali shaklee ketika amru berumur setahun lebih, disebabkan kecetekkan ilmu penyusuan dan sebagai ibu saya mencari akternatif supplement untuk memudahkan proses penyusuan saya. Alhamdulillah berjumpa di alam maya bersama upline saya, dengan nasihat dan bantuan saya menjadi ahli secara percuma. Ye free membership.

Sebab saya buat belian melebihi RM650.
Waktu tu memang tengah sibbuk mencari peluang berbisnes online sahaja. dan pada masa sama sedang menjalankan bisnes kraftangan berbentuk soft toy untuk kanak kanak. Tapi selepas mendengar penjelasan daripada upline saya, saya rasa sebenarnya mudah bisnes shaklee ini. Tambah pula saya memang belajar bidang perubatan dan memang mengetahui kepentingan supplement dalam kehidupan kita hari ini.

Pada awalnya saya join dengan harapan boleh beli beg tangan jenama COACH. Kononnya untuk suka suka la, kumpul duit beli barang pemuas nafsu wanita..hihi. Sebab sayang nak beli guna gaji hakiki. Waktu tu upline saya cakap join shaklee ini, lebih dari COACH pun boleh beli. Saya pun apa lagi terlebih teruja laa...
Maka dengan bantuan serta coaching daripada upline saya, bulan pertama saya dapat bonus sudah 2 angka sahaja, kemudian bulan kedua 3 angka pulak, bulan ketiga masa tu promo ESP, saya berjaya naik rank dan beroleh income 4 angka. Haaaaa time nila semangat nak tunjuk bonus kepada mr.hubby. Cuba teka reaksi hubby?

Agak terkejut terkesima dan beliau mula nampak potensi dalam shaklee ni. Alhamdulillah no turning back!
Penting ni kalau nak join shaklee kenala pilih upline yang mengajar, yang tahu selok belok bisnes online dan saya bersyukur berada dalam ampayar yang betul. Masa saya join upline saya belum bergelar MASTER iaitu rank tertinggi dalam bisnes shaklee, sekarang beliau dah master dan sudah melahirkan 2 lagi master bawah jagaan empayar kami. Masing masing income mencecah RM600K SEBULAN !! ye sebulan..
Saya menyesal juga sebab saya tertidur dalam lamunan dan pemasalahan yang melanda diri pada wal tahun 2013. Kalau la saya teruskan semangat membara mungkin saya juga bergelar MASTER hari ni. Namun sperti yang saya katakan, perancangan Allah SWT lebih indah dan yang terbaik.
Nasihat saya kepada mereka yang ingin join Shaklee..jangan berlengah, hanya RM65 seumur hidup, anda mampu merubah kehidupan anda!

Pastikan upline anda berada dalam empayar yang berjaya dan perniagaan telus mengikut ISLAM. Tiada tipu daya tiada muslihat tersembunyi. Ini kerana ada sesetengah SID ni, suka promote FREE MEMBERSHIP tapi akhirnya menipu ahli baru. Sungguh kejam dan tidak berhati perut.

Berminat sertai empayar kami? Hubungi saya DR. Safuhah Mohamad 0177164989.


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Saturday, 3 May 2014

Pabila Dapurku Berasap : Shepherd's Pie mudah dan berkhasiat!

Selamat petang semua!
Hari hujung minggu macam ni mula la saya ni merangka rangka resipi untuk seisi keluarga.
Dah lama rasanya nak cuba shepherd's pie ni.
Resipinya saya google aje macam yang kita semua buat tu..Dapatkan step dan idea then ribut ribut sendiri la.

kali ini saya olahkan ikut kesesuaian tekak orang Malaysia.. Ada pedas-pedas sikit.

Bahan bahan mudah je:

500g daging lembu cincang
1 biji bawang besar dicincang
1susu kecil paste halia bawang putih (selalu buat siap siap ada dalam peti, kalau takde 1cm halia dan 2ulas bawang putih tumbuk)
2sudu kecil cili boh
2/3 sudu besar tomato puree (ikut suka msam)
2 sudu besar marjerin
5cm panjang batang celery dicincang
6biji cendawan butang saiz sederhana dicincang
1biji tomato dicincang
1 ikat sederhana daun ketumbar dicincang kasar
Sedikit mixed herbs
Garam dan lada sulah





bahan-bahan 'mashed potatoes'

5biji kentang sederhana besar direbus empuk
3/4cawan susu segar
2/3sudu marjerin
Garam dan lada sulah untuk perasa


Ok oleh kerana saya masih lagi ada serbuk kentang putar siap yang beli dari kedai BAGUS BAKERY, saya gunakan itu aje.. So nanti mommies semua ikut suka la ye nak guna mana :)

Ok nak masak atau sediakannya lagi mudah.
Pertama sekali siapkan adunan kentang die. Kentang lenyek tadi di gaul bersama marjerin dan susu serta di tambah garam dan lada sulah. Gaul sehingga sebati dan tidak melekit..kiranya kalau uli pakai tangan boleh jadi bola dan tidak melekit.




Untuk inti daging
1. Panaskan marjerin dan tumiskan bawang, bawang putih, halia dan ciliboh sehingga garing wangi. Kemudian masukkan daging cincang dan mixed herbs. Masak dengan api sederhana.
2. Jika daging sudah masak empuk, masukkan tomotao puree, tomato, celery serta cendawan butang.
3. Gaul rata, perasakan dengan garam dan lada sulah.
4. Sebelum di angkat, taburkan daun ketumbar diatas dan gaul rata.



Ambil loyang yang diingini, lapiskan selapis nipis kentang dibawahnya. Kemudian letakkan inti daging dan tekan bagi rata serta pejap. Kemudian lapiskan lapisan tebal kentang di bahagian atas daging tadi.
Cantikkan bahagian atas dengan belakang sudu sehingga nampak sekata.
Akhir sekali ambil kuning telur sapukan diatas lapisan tadi dan tabur cheese. Saya guna gabungan cheddar dan Mozzarella.

Sebelum start proses letak dalam loyang bolehla panaskan ketuhar dahulu 180degree celcius selama 10minit.
Bakar Shepherd's Pie td selama 20minit atau sehingga lapisan atas kuning keemasan.

Haaa... tadaaa.. Selamat menikmati Shepherd's Pie anda!! Murah, sedap dan berkhasiat.
P/S: untuk lebih sedap, boleh nikmati bersama sos cili + mayonis..


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design