Tuesday, 13 November 2012

Jangan biar kamar itu sepi...

salam.. rasa lama tak update blog.. ya, alhamdulillah masih berpeluang mencoret entry ini.. ilham yang diterima adalah drpd beberapa kastemer yang beri respon positif berkenaan hubungan intim..


Cantikkan kamar di atas? terasa pula macam malam pertama.. erm nikmatnya dan indahnya malam pertama takkan dilupakan sampai bila-bila. Namun keindahan itu menjadi hambar dan pudar setelah sekian lama bersama terutama setelah melahirkan. KENAPA? dan MENGAPA? Dan baru2 ini saya berpeluang baca satu artikel tentang isteri takut nak 'bersama' suami lepas melahirkan..
Dalam artikel tersebut menceritakan tentang pengalaman Dira yang fobia setiap kali didekati suaminya. Bukan tidak mahu melayan keinginan suami tetapi bimbang jahitan selepas melahirkan terbuka semula.

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Mohamed Rafi Dato' Mohammed Feizal, selepas bersalin hormon estrogen wanita menurun dan membuatkan wanita kurang selesa untuk mengadakan hubungan seksual. Berikut merupakan antara punca isteri kian dingin untuk bersama suami:

1. Penyusuan susu ibu. Penyusuan meningkatkan hormon prolaktin, secara tidak langsung estrogen menurun. Jadi cairan lubrikasi di vagina menurun, kering dan sakit ketika bersama.

2. Post partum Blues. Bukan semua wanita mengalami masalah kemurungan ini. (org kita ckp 'gila meroyan')

3. Luka episiotomi di vagina. Jahitan akan sembuh dalam masa 10-14hari selepas melahirkan. Namun wanita tetap fobia andai jahitan itu terbuka semula.

4. Pengalaman yang menakutkan mengadakan hubungan intim.

5. Sibuk dengan tanggungjawab baru sebagai ibu seingga mengabaikan suami.

6. Isteri yang keletihan akibat berjaga malam menjaga anak dan menyusukan.

7. Sering beranggapan bentuk badan sekarang tidak menarik, berat badan bertambah dan kulit pula mempunyai kesan 'stretch mark'

8. Tertekan dengan masalah kewangan yang makin runcing sejak kehadiran org baru menyebabkan suami isteri tidak berminat memikirkan hubungan intim.

erm.. susah jugak kan? Tapi jgn risau insyaAllah setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya.. Kita hanya mentadbir tp Allah SWT yang mentakdir..
Bersempena dengan promosi alfalfa sepanjang november2012 ni, sy nak share la pengalaman sendiri dan juga pelanggan sy.. alhamdulillah dgn izin Allah slps sebulan mkn ESP + Alfalfa suami sy tegur sy makin cantik menggoda.. sy hanya tersenyum..
Dan ini pula kisah pelanggan saya.. Setelah mencuba ESP+Alfalfa..



Menurut kata kawan saya, kak Wan Fatihanum  kalau tambah vita e lagi best! pasti nak berkepit jer..



Isteri mana yang taknak dipuji dan dibelai suami.. suami pun tersenyum bangga sahaja..

berminat? boleh dapatkannya hari ini.. cepat jangan biar kamar indah itu sepi lagi..
Hubungi 0177164989 untuk tempahan dan pertanyaan



Sunday, 28 October 2012

Teknik 'Power Pumping' untuk penghasilan susu yang super dooper best!

salam.. saya terbaca suatu document tentang teknik power pumping ini.. saya pun baru tahu mengenainya walaupun sy telah lama mengaplikasikannya.. sejak dalam pantang.. tapi sy buat tak konsistent dan tak cukup disiplin. Disebabkan kesibukan kerja (walaupun saya tahu bukannya alasan, sebenarnya malas) sy kurang pump sejak anak sy berumur 6bulan lebih.. tp sy still beri lebih bnyak direct feeding berbanding dulu..

   Akhirnya susu menjadi kurang.. dah macam2 saya cuba, halba, maxalon dan mcm2 lagi.. susu tak jugak best.. tapi anak still minum susu sy sepenuhnya dan tiada formula.. Akhirnya Allah buka hati sy untuk mencuba supplement Shaklee ni.. banyak dapat info menarik dari sis Wan Fatihanum yang selalu beri support and tak jemu2 jawab soalan sy yang bertubi2 mengenai product ini.. yelah kan nak melabur sesuatu tu kt kena selidik untung ruginya.. lgpun kt2 ni isteri yang kena dapat izin suami.. Alhamdulillah berkat doa, supplement Shaklee, power pumping dan direct feeding berterusan susu sy makin banyak and best! Alhamdulillah rezeki anak saya..

  Jadi hari ini saya nak share pasal POWER PUMPING ni..
artikel ni sy baca dari satu dokument dlm Fb sis Farihah


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Boleh juga baca artikel ini:
1. http://www.lowmilksupply.org/powerpumping.shtml
2. http://www.mobimotherhood.org/mm/article-lms.aspx

Moga entry ini membantu mereka-mereka yang ingin terus menyusu badan. Support breastfeeding!






Saturday, 27 October 2012

Senangnya berpantang dengan Shaklee..

Salam.. hari ni sy nak share sesuatu yang istimewa buat bakal ibu-ibu, ibu-ibu yang baru melahirkan dan yang menyusu.. Set berpantang shaklee menawarkan pakej yang mampu milik, mudah dan berkesan.. Kalau takut nak melabur besar or risau tak boleh nak habiskan vitamin tersebut boleh cuba trial pack yang mana setiap vitamin mengandungi 40 biji..so sesuai di makan sepanjang tempoh berpantang..

Set Pantang shaklee ni terdiri daripada Vita Lea, Vita C, B Complex dan Zinc.
Apakah fungsi dan kepentingan semua janis vitamin ini sewaktu berpantang??
1. Vita C : yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.
2. Vita lea : yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Faham-faham sahaja lah cabaran menguruskan bayi, menyusu dan berjaga malam dalam tempoh berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.
3. B complex : yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. boleh mengelakkan daripada gejala gila meroyan dan mengimbangi emosi ibu. (yelah selalunya ibu berpantang di kampung, suami pula di rumah bekerja)
4. Zinc : Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

Kalau nak act as milk booster at the same time pun boleh.. tambah ESP+alfalfa+osteomatrix!!
Osteomatrix ni gabungan 3 vitamin iaitu vita D + magnesium + calcium bagus untukpenghasilan susu ibu, simpanan kalsium ibu yang baik untuk ibu dan bayi serta boleh mengelakkan kekejangan.

Mungkin set ini boleh jadi alternatif pada mereka yang tidak suka jamu yg pahit!

Jom kita share pengalaman dan testimoni-testimoni pengguna set berpantang shaklee..





Berminat? Hubungi sy untuk pertanyaan dan konsultasi: 
Sms: 0177164989
email: xercestouch@gmail.com
fanpage: https://www.facebook.com/pages/Be-Healthy/349720521785433
Blog: http://xercestouch.blogspot.com/



Saturday, 20 October 2012

Testimonial pengguna shaklee

salam..hari sabtu yang tenang dan cerah.. secerah mentari dalam hati yang mengharapkan cerahnya sampai ke petang! moga entry blog sy hari ini dapat membantu anda semua..

1. Keberkesanan ESP dalam penyusuan susu ibu

Pn Shima Samat: stok ebm baby tasnim bln 4 yg belum dipindahkan ke deep freezer sebab kedua2 deep freezer masih penuh. Alhamdulillah rezeki dr Allah berkat pengambilan shaklee, pumping yang berterusan dan DOA. Dgn bantuan Allah, berkat ambil set 3M Shaklee, minum cukup air, pumping tak skip dan doa dimurahkan rezeki utk baby.

Pn. Nurul Fatihah: Mommies hari ini kan rs macam excited sangat..happy sangat..semunya kuasa Allahtp dgn ikhtiar mengambil ESP campur dalam air horlicks, minum malam td..bila pump pagi tadi dpt 8oz.. alhamdulillah.. 



2. Product Shaklee membantu masalah pendarahan dan eczema


Pn. Zamzalina Samsuddin: (versi ringkasan) Bleeding selama 6bulan, paps smear normal tp bleeding berterusan, hormonal tak stabil... dr suggest cr supplement mcm EPO/seumpamnya.. sy juga ada masalah eczema smpai lepuh dua tangan,kerja terjejas selalu MC, kulit kering dan merekah,lepas tu berdarah..satu hari terbaca pasal shaklee..lama juga ingin mencuba..sy cuba GLA+Meal Shake+ESP+Nutriferon..alhamdulillah Allah tunjuk jalan..kini free from bleeding dan eczema dah kering..tinggal parut saja..

3. Kualiti hidup dan kesihatan meyeluruh yang lebih baik dengan product shaklee 


4. ESP dalam penurunan berat badan dan hilangkan selulit


Baru minum ESP last week.. lepas 3 minggu, kt dapat rasa perubahan, kulit rasa licin, jeragat makin pudar, selulit hilang, perut kempis,seluar dulu ketat dah muat balik..


5. Peluang mendapat cahaya mata bersama shaklee


sy mencari2 set kesubura, ms tu setahun 2 bulan dah kawen, takde rezeki anak lagi..amik vita E+zinc +alfalfa+ESP.. tak amik GLA sbb takde masalah kitaran period. ambil bersama hubby, alhamdulillah lepas sebulan lebih makan, dapat 2 line kat UPT test!ade masalah pendarahan di awal kandungan then sy continue makan set ibu mengandung Bcomp+vita c+vita lea+ESP, Alhamdulillah janin selamat!;);)


Alhamdulillah sharing is caring..moga testi di atas membantu anda..sebarang pertanyaan, tempahan dan consultation boleh hubungi saya :
Sms: 0177164989
email: xercestouch@gmail.com
fanpage: https://www.facebook.com/pages/Be-Healthy/349720521785433
Blog: http://xercestouch.blogspot.com/


ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design