Tuesday, 12 March 2013

AIR..Bahaya kepada bayi!!

AIR bagus untuk dewasa tetapi BAHAYA untuk BAYI!!

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


Walaupun dah berkali-kali di ingatkan jangan beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun  segelintir ibu bapa yg masih mengamalkan beri air masak kepada bayi mereka. Antara sebabnya ialah desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
 

Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
 

Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal

 

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.


Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya


Jadi kesimpulannya di sini, menyusula dengan susu ibu sepenuhnya..Tiada yang lebih berharga selain dari susu ibu! Ingat Human Milk For Human Babies!!

Friday, 8 March 2013

Mulakan Hari Anda Dengan SHAKLEE :)


Alhamdulillah setiap hari rutin kami begini, usai solat subuh, kami bersiap sedia ke tempat kerja. 

Tugas sy sebagai isteri menyediakan sarapan terbaik buat bekalan suami, sy yakin sarapan itu adalah permulaan penting untuk sehari.. ia merupakan makanan wajib bg kita setelah diberi makanan rohani (solat subuh/quran) sebelum memulakan hari yang indah!! Maka

Suami saya memulakan hari beliau dengan supplement Shaklee.


ESP yang di”shake” bersama-sama collagen Shaklee dan oligo koko untuk menambahkan kesedapan ESP. ESP diminum sebagai sumber protein tambahan serta menceriakan pemikiran. Collegen untuk kecantikan kulit. Omega guard dan garlic pula untuk menurunkan cholesterol beliau.

Thursday, 7 March 2013

5 GOLDEN HEALTH TIPS

Something to ponder about!!

bila fikir2 balik nampak mudah TAPI berapa ramai yang amalkannya??
InsyaAllah moga kebaikan akan terus tersebar dan sama-sama la kita menjaga kesihatan yang Allah SWT kurniakan pada kita!

Jom ubah cara pemakanan dan cara hidup kita!! :)


Wednesday, 16 January 2013

Nursing in public! Anda berani?


Nursing in public?? 

Apa yang anda faham dengan istilah ini? Nursing in public adalah penyusuan susu ibu di khalayak umum namun tetap tidak terdedah di mana2 dan TETAP menutup aurat. 
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/nursing-in-public-anda-berani.html
Pernah tak anda menyusu anak anda di KLCC? Bukan di dalam bilik baby’s room atau parent’s room tetapi di tempat duduk menunggu di depan Kinokuniya misalnya. Anda biasa lakukan? Breastfeeding in public? Apa perasaan anda? Malu? Tidak selesa?Atau sudah biasa? :)
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/nursing-in-public-anda-berani.html

Bagi rakyat Malaysia breastfeeding in public adalah suatu yang jarang dilakukan atau masih baru dikalangan kita. Namun adakah salah menyusu di khalayak ramai? Saya sendiri menyusu in public. Pada mulanya agak segan. Tetapi setelah beberapa ketika saya sudah biasa. Lagipun saya terfikr saya sedang menganjurkan para ibu yang melihat untuk menyusu anak mereka. Dapat pahala. Tiada apa yang hendak dimalukan. Tetapi bagi mereka yang masih malu untuk breastfeed in public jangan pulak anda terus tidak breastfeed sebab xnak breastfeeding in public tapi carilah baby’s room. Anak anda berhak mendapatkan nutrien terbaik dari anda. Ingatla Human milk only for human babies!!

Ada beberapa tips untuk breastfeeding in public:

http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/nursing-in-public-anda-berani.html
boleh dapatkan nursing ponco yang cantik ini di Eve Love Sdn Bhd

  1. Dapatkan bra yang di’design’ untuk nursing.
  1. Re’design’ baju anda. Mak saya redesign balik baju kurung saya. Ada zip di sebelah kiri kanan. mudah untuk menyusu. Tak payah bukak atau selak besar-besar.
  1. Dapatkan selendang atau nursing cover atau poncho atau gunakan tudung anda sebagai pelindung. Kalau anda bertudung labuh lebih mudah.
  1. Dapatkan sling baby untuk memudahkan penyusuan sambil anda shopping! Tangan anda bebas untuk bershopping.
  1. Latih anak untuk menyusu dengan senyap dan tak banyak bergerak. Biasakan dgn nursing cover atau ponco sejak kecil. Amru banyak bergerak. Jadi agak mencabar untuk menyusu in public lagipun selepas dia setahun dah tak mahu sangat ditutup dengan ponco. Tapi tak ada masalah cuma perlu lebih berhati-hati dan kena lebih cerdik untuk mencipta helah buat si kecil sabar sehingga ada tempat yang lebih tertutup.

Saya pernah menggunakan poncho dan nursing cover dahulu tetapi Amru rimas dan berpeluh sebab panas dekat dalam. Jadi saya mempertingkatkan skil nursing in public saya dan sekarang saya tak perlu menggunakan poncho atau nursing cover lagi. Cuma gunakan tudung yang lebih labuh sahaja. Saya juga tak gunakan sling. Kalau nak menyusu saya akan berhenti buat kerja lain dan fokuskan untuk breastfeeding sahaja. Takut-takut tak perasan baju terbukak sebab sibuk shopping. Amru aktif masa breastfeeding. 
Jadi kepada ibu-ibu di luar sana yang masih ragu-ragu untuk brestfeeding in public, yakin pada diri anda mampu lakukannya. Jangan risau apa orang kata. Di USA mereka ada undang-undang yang mempertahankan hak para ibu menyusu di tempat awam.
p/s:Tengok petikan berita di bawah. Baru saya tahu ada jugak para ibu yang dihalau pak guard sebab breastfeeding in public.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/nursing-in-public-anda-berani.html
Anda ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi pendapat atau apa sahaja berkenaan breastfeeding dengan saya? sila hubungi saya di https://www.facebook.com/pages/Be-Healthy/349720521785433 atau email www.xercestouch@gmail.com.
JOM MENYUSU ANAK SEHINGGA DUA TAHUN!! :)

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design