Wednesday, 20 March 2013

Tips Penyusuan Susu Ibu dan Milk Booster!

Milk booster? Apakah itu milk booster?

Sebut je milk booster ni, mesti popular dikalangan ibu-ibu menyusu. Milk booster ini dalam bahasa melayu nya ialah PENGGALAK SUSU. Antara milk booster yang terkenal adalah Alfalfa, Halba, soya, ikan yu putih dan lain-lain 

Ramai di antara kita yg sebenarnya salah faham atau tidak faham tentang milk booster dan penghasilan susu ibu ni..majoriti berfikir kena ambik milk booster utk menghasilkan susu tanpa betul-betul faham konsep sebenar iaitu demand and supply atau permintaan dan bekalan..



Lagi byk susu diminum atau dipam keluar,lagi banyak susu dihasilkan,mudahkan..anda hanya perlu menyusu atau pump 2-3jam sekali..jika konsep ini diamalkan bersama pemakanan dan air yang mencukupi, insyaAllah susu meriah..
Tidak dinafikan faktor luar spt stress,period,pemakanan tidak seimbang,kehamilan atau kurang air mempengaruhi penghasilan dan kuantiti susu.. Namun jika ada permintaan yg banyak maka susu yang banyak akan dihasilkan..

Jika konsep ini sudah difahami maka ibu-ibu harusla bertekad untuk meneruskan susu ibu sehingga dua tahun.
Supplemen kesihatan dan alfalfa boleh diambil untuk menjadikan ibu segar,cerdas, bertenaga, emosi yang ceria dan stabil. selain daripada itu supplemen ni dapat tampung mana-mana kelompongan zat dan nutrisi yang nak diberi kepada bayi.

Selain drpd itu minum air masak yg mencukupi sekurang-kurangnya 2-3liter sehari..
Dan yang paling utama setelah kita berusaha ialah doa dipermudahkan dan dimurahkan rezeki susu ibu.


Secara ringkasnya tips penyusuan susu ibu:

  • Tekad dan azam untuk menyusukan bayi anda selama 2tahun. Pastikan ianya tidak mampu disangkal oleh sesiapun.
  • Pemahaman dan apklikasi konsep demand and supply.
  • Mengamalkan pemakanan atau supplemen kesihatan yang mampun memberi kesan positif kepada ibu
  • Minum air masak 2-3 liter sehari
  • Doa dimurahkan rezeki susu anak.



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tuesday, 19 March 2013

Proses Pendaftaran Perniagaan di SSM


Tekad untuk mendaftarkan perniagaan di SSM!

Alhamdulillah semalam merupakan satu lagi hari bersejarah kami. Setelah setahun berkecimpung dalam perniagaan online dari perhiasan rumah ke craft tangan dan mainan soft toy bayi kini dan selamanya akan bersama Shaklee, kami nekad untuk mendaftarkan XERCESTOUCH sebagai nama perniagaan kami.

Kebetulan hubby cuti semalam jadi hubby pun pergila daftarkan XERCESTOUCH ENTERPRISE di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Image
Balik daripada SSM tu hubby pun share la pada sy proses-proses pendafttarannnya yang mudah.

Kepada mereka yang ingin mendaftarkan syarikat dekat SSM bolehlah ikut langkah mudah ini:

  1. Sediakan peralatan dan dokumentasi – fotostat kad pengenalan, pen, RM70 (kalau nak daftar menggunakan bukan nama sendiri dan mendaftar untuk setahun) – yuran mungkin berlainan bergantung kepada nama syarikat anda dan jenis pemilikan.
  2. Pergi ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan borang. Cakap je dekat pegawai dekat kaunter nak daftar syarikat baru.
  3. Isi borang
  4. Dapatkan angka giliran
  5. Tunggu giliran untuk berurusan dengan kaunter pembayaran (kaunter 1-4)
  6. Berurusan dengan kaunter pembayaran
  7. Tunggu untuk dapatkan sijil di kaunter 10 (anda mungkin dipanggil oleh pegawai di kaunter ini untuk berurusan mengenai nama dan lain-lain masalah berkenaan nama dan lain-lain sebelum sijil dicetak dan dikeluarkan)
  8. Mendapat sijil syarikat baru anda

Pada mulanya nak letak nama Xercestouch sahaja. Tapi pegawai di kaunter 10 mintak tambah perkataan lain. Maka jadilah Xercestouch Enterprise. Bila dah maju nanti mungkin ubah lagi jadi Xercestouch Group of companies pulak. Hehe..
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami menamakan xercestouch ini sampai pegawai kat SSM tu ckp selalunya yang touch-tocuh ni company Mak Andam atau Make Up jer.. sila baca entry Kenapa Xercestouch?
p/s: Nombor giliran bertuah 2078. Hubby berurusan di SSM cawangan Shah Alam di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Jadi jenis kaunter mungkin berbeza.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya. Sekarang perlu bekerja keras untuk memajukan perniagaan kami. InsyaAllah sy mengimpikan financial freedom dan bekerja dari rumah sahaja..sebab sekarang ni setiap hari bermasalah nak pujuk anak time pergi kerja..Hancur luluh hatiku melihat ragam dan rajuk amru setiap kali sedih umminya nak pergi kerja.. :)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Monday, 18 March 2013

Rambut kelemumur, gugur??? Kini Tiada Lagi..

Alhamdulillah.. sy sangat teruja sebenarnya nak share pasal kebaikan lagi satu produk shaklee...

Mmg tak salah apa yang dikongsikan oleh mommy shaklee sy iaitu cara terbaik untuk kita majukan bisnes ni adalah dengan sharing sebanyak mungkin..
Macam mana nak share kalau kita tak cuba?? Macam mana nak promote kalau kita tak tahu sama ada product tu berkesan tak?? Betul tak kawan-kawan?


Dah lama sebenarnya nak share pasal shampoo shaklee ni.. mula-mula tu hati agak was-was tapi sbb nak share kesannya, kami sekeluarga mencubanya.
Sebagai seorang wanita muslimah pastinya kita sgt mementingkan kesihatan dan kesegaran kulit rambut. Jika sebelum ini kami sekeluarga menggunakan shampoo Rejoice Rich. Rambut mmg lembut tapi kelemumur dan gatal masih ada. Yang paling tidak tahan rambut berminyak. 

Alhamdulillah setelah sekali mencuba produk Prosante ini, ternyata sekali perbezaannya. Yang paling ketara rambut segar, tidak gatal dan tidak berminyak!! Kelemumur pun makin lama makin berkurangan. Rambut pun dah kurang gugur sekarang..kalau tak dulu selalu terkumpul rambut gugur dibucu-bucu bilik.

Kami menggunakan:


1.  Purifying Shampoo


  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

2. Replenishing Conditioner



  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

3. Long Lasting Finishing Spray



  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.
Alhamdulillah kami sekeluarga suka akan perubahan prosante pada kami. Mr hubby pun dah jarang pakai minyak rambut..just sembur je finishing spray tu.. Dan satu lagi perubahan positif hubby ialah sudah kurang uban nya.. 

Dan buat pengetahuan kawan-kawan 3 botol di atas saya beli pada bulan november lepas (awal bulan) dan masih separuh sampai hari ini. Kami guna suami isteri. Jimat kan????? :)

Nantikan cerita saya mengenai gugur rambut selepas melahirkan dan testimoni pelanggan Prosante kami!!

Saturday, 16 March 2013

Penawar Gastritis atau Pedih Ulu Hati semasa hamil

As salam..hari ni saya nak share dengan anda semua bagaimana saya merawat gastritis/pedih ulu hati ketika hamil. 

Bagi yang dah tahu atau yang tak tahu sy kini sedang hamil anak kedua. Alhamdulillah dah 21 minggu. Masa awal-awal kandungan dulu mmg tak berapa lalu makan sebab loya je..tapi bila masuk trimester kedua ni, masih tak lalu makan tp tak loya.

Jika sebelum hamil, sy makan supplemen shaklee iaitu  ESP, vita lea, vita c, lecithin, omega dan alfalfa. Tapi sejak sah hamil saya stop alfalfa. Yang lain-lain tu ingat nak continue and tambah bcomp and ostematrix. Malangnya disebabkan loya, selalu terskip-skip mkn supplemen.


Esp pulak, dulu memang sangat suka bancuh esp dgn Oligo Koko..satu sudu esp dua sudu koko..sedap...tapi sejak hamil ni, tekak tak nak terima langsung... jadi ESP pun tak minum ganti ngan Meal Shake. alhamdulillah terima.

Sejak masuk trimester kedua ni, selera kurang lagi tp tak loya dah.. makan sekadar alas perut...setiap kali waktu makan akan jd waktu plg tak best sbb mcm kena paksa makan.. dan sejak dah bertenaga semula untuk berbisnes shaklee ni, sy sering tidur lewat. Jadinya selalu la dapat pedih ulu hati atau simptom gastritis ni, waktu-waktu awal pagi bila sibuk buat entry.. ;)


Simptom ni sering dialami oleh wanita hamil kerana tumbesaran rahim yang menolak kandungan acid perut  ke atas. Keadaan ini jugak di sebut 'reflux'. Keadaan reflux ini lama kelamaan akan menghakis dinding usus dan menyebabkan gastritis.

Akhirnya sebab sy tak tahu nak buat apa dan tidak mahu makan ubat hospital saya terfikir untuk mencuba sesuatu. Saya ambil susu segar 250ml dicampurkan bersama satu sudu ESP dan saya 'shake'. Alhamdulillah hasilnya sangat YUMMY!! sedap, segar dan menyelerakan.. rasa soya manis2 buah.. lagi sedap kalau susu segar tu sejuk.. Cubalah..DAN yang paling penting pedih ulu hati tu berkurang sedikit demi sedikit..Alhamdulillah


Bila bagi hubby try pun dia ckp sedappppp.. ;) Hubby minum esp+collagen+ susu/oligo koko.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design