Monday, 21 April 2014

Terimala seadanya :)

Sebenarnya saya tgk gambar ni semasa mak saya upload di group whatsapp saya.
Terus saya cakap "owhhh that is sooo me"
Yea.. saya memang sejak kecil tiada istilah KURUS dalam hidup.
Setiap orang akan cakap saya gemuk/besar.
Almaklumlah genetik saya besar dan tinggi dan saya amat amat tertekan sewaktu disekolah.
Kawan kawan memanggil saya dengab gelaran tongdrum/dinosour dan sebagainya.
Saya ingat lagi ketika sy darjah 6 dengan ketinggian 160cm berat saya 60kg.

Owwhhh itu zaman kurus.. kini tiada lagi 60..
Selepas bersalin anak 2 ni mmg agak payah untuk saya kekal ke berat zaman anak dara.
InsyaAllah saya yakin dengan tekad dan azam yang kuat saya boleh atasinya.

Apa yang penting, saya bersyukur keluarga saya menerima saya seadanya dan yang penting mr.hubby pun sama.
Walau ada kekurangan namun saya tetap niat untuk mendapatkan berat ideal.
Sejak dalam pantang lagi saya sudah mengamalkan supplemen kesihatan shaklee.

Semenjak amru berhenti menyusu hampir sebulan setengah, badan saya naik mendadak bagai dipump angin.... owwh sungguh sedih..
Padahal pemakanan adalah sama.. mungkin badan kurang menghasilkan susu maka kurang kalori yg dibakar.

Sejak itu saya berazam untuk mencuba set slim shaklee...semestinya selamat untuk ibu menyusu.. saya cuba 1. Herbalax 2. Omega dan lecitjin 3. Esp+cinch shake.

Esp+cinch shake sy ambil sebagai breakfast. Dan seterusnya saya makan tghr pkl 12. Malam cuma light healthy dinner.

Setelah pulang dari kerja..saya luangkan masa 15 hingga 30 minit berbasikal dlm rumah.
Ok nantikan cabaran turun berat selama sebulan. Kira dari hari ni la ye.. :)
Kalau nak join saya..boleh order supplement dengan kami. Hubungi 0177164989.

Sunday, 20 April 2014

Pusat anak tertimbul? Normal ke?

Mommies... tiba tiba teringat soalan seorang mommy yang hadir ke klinik yang saya buat locum td.

Ibu yang bawa baby nak cucuk kuning tu tanya pusat anak die tersembol keluar.
" Dr, normal ke pusat anak saya ni? "
Selepas di periksa mmg normal. Keadaan ini dinamakan umbilical hernia. Selalunya keadaan ni akan hilang dengan sedikit tekanan kepada pusat bayi selepas tali pusat jatuh sepenuhnya.
Dulu Hannan pun mcm tu juga, sampau mak saya yang jaga pantang pun risau. Akhirnya untu sedapkan hatinya kami mendapat kepastian daripada doktor ketika check baby.
Yang penting anak atau bayi tu aktif, tidak meragam dan boleh kentut atau buang angin seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Hari ini saya bertemu dengan 3 orang ibu yang menyusu badan. Antara soalan yang ditanya oleh ibu ibu tersebut:
1. Dr. Susu saya bengkak. Hari ni dah hari ke 5, anak saya tak minum ke?
Jawapan: selalunya memang susu ibu akan meningkat mendadak pada hari ke 5 hingga ke 7. Seminggu pertama adalah pengeluaran kolustrum dan selepas seminggu hormon oxytocin dan prolaktin tinggi.

2. Dr. Kenapa puting saya luka? Padahal anak saya menyusu kuat.
Jawapan: salah satu sebab anak menyusu kuat sebab anak tak dapat susu dan kenapa anak tak dapat susu sebab teknik pelekapan yang kurang tepat.
Periksa semula teknik pelekapan. Ada 4 point.
1. Selari
2. Dagu bersentuh payudara
3. Bibir bawah terjeluir
4. Sokongan.

InsyaAllah saya sambung cerita pelekapan kemudian.. nak tidokan hannan dan ada seorang pelanggan nak jadi ahli shaklee.
Untung jadi ahli shaklee ni, badan sihat, keluarga terjaga dan boleh peroleh pendapat sehingga 7angka sebulan!
Jika berminat jom hubungi saya 0177164989.
Hanya dengan rm65 boleh merubah hidup anda!!
Kalau berminat nak jadi agen dropship jualan barangan penyusuan eve love pun boleh hubungi saya. ;)

Friday, 18 April 2014

Bengkak susu!! Sangat menyakitkan :(

Salam jumaat semua.. Actually cerita ni dah hampir seminggu tapi tak siap edit atau menambah penyedap kata :) hikhik..

Mommies.. hari ni sy nak share tentang mastitis atau bengkak susu.. sebab admin sedang mengalaminya...
Actually weekend lepas I bajet I busy.. so tak dan pump.. sbb kat rumah hannan mmg dah direct feed.. tapi sebab mungkin memang dah biasa pumping session pagi, alhamdulillah mmg rasa susu tu mula memenuh...
Nak dijadikan cerita, semalam di ofis mmg busy jugak.. ada kes dan sempat pump waktu ptg..
Breast mula bengkak dan yang kanan tu rs sakit sakit sikit...
Saya pun takdela mengendahkannya, saya terus pump seperti biasa dah hasil tuaian pun seperti biasa dalam 10 hingga 12oz `sekali `pump..`

Kebetulan hari tu saya puasa (almaklumla bersalin time puasa, banyakla kena ganti) seharian badan macam lemau je.. Balik lepas berbuka terus terbaring, badan pulak berbisa. Dalam pukul 10mlm tu suhu badan naik.. Hannan memang non stop menyusu la.. tapi belah kanan still rasa sakit..
Baru saya sedar, ohhh rupanya saya sedang mengalami simptom-simptom "bengkak susu".
Alhamdulillah dikurniakan ilmu penyusuan dan kedoktoran, saya pun apa lagi terusla merawat diri sendiri.



Tips-tips berdepan dengan "bengkak susu"

1. Jika sakit yang melampau, boleh buat demahan sejuk dahulu untuk kurangkan rasa sakit. Maksudnya bubuh ice pack.
2. Kemudian disarankan ibu-ibu untuk mandi air panas atau tuam air panas belah yang bengkak kerana dengan ini kita akan membuka duktus-duktus atau saluran yang tersumbat.
3. Jika sakit masih terasa dan badan rasa demam, jangan lengah-lengahkan ambil panadol 2biji bersamaan 1g 6jam sekali.
4. Mulakan sesi pump atau perahan tangan atau direct feeding belah yang tersumbat. Pastikan breast tersebut betul-betul kosong.
5. Sekiranya simptom atau bengkak masih ada, saya sarankan jumpa doktor untuk ambil antibiotik. 

Pengajaran dan pengalaman buat saya.. Semoga lepas ni saya lebih rajin mengosongkan "breast" :)

Mommies semua kena ingat konsep senang penyusuan susu ibu: Lebih kerap susu dikosongkan MAKA lebih BANYAK susu DIHASILKAN !! 


Happy breastfeeding semua!!


KASIH HAWA UNTU SEMUA


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.




Thursday, 17 April 2014

Untukmu insan yang bergelar IBU,UMMI,MAK,MA,AMMA,MOMMY,MAMA dan seterusnya




Petang-petang ni terasa gembira kerana berjumpa, salam dan cium mak yang baru sampai dari kampung.. Alhamdulillah, Terima Kasih MAK!!

Tiada ucapan yang menggambarkan KASIH SAYANG seorang ibu.


Ma.. i love you.. Moga mak diberi kesihatan yang baik serta sentiasa dalam barakah Allah SWT! :)

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design