Tuesday, 24 June 2014

RELAKTASI - Memulakan penyusuan susu ibu yang sudah terhenti

As salam.. harap semua yang membaca blog saya sihat hari ni.. alhamdulillah hari ini saya nak kongsikan satu cerita mengenai ibu kepada salah seorang pesakit saya.

Minggu lepas sewaktu di Klinik Barakah melaksanakan tugas, ada sepasang suami isteri muda membawa masuk anak comel mereka dengan tujuan ingin mendapat rawatan untuk masalah kulit anaknya.

Ketika itu anak comel tersebut baru berusia 4 bulan dan anak itu menghidapi masalah eczema. Eczema menyerang siapa sahaja terutama mereka yang ada sejarah asthma atau resdung.
Tetapi tahukah anda dengan penyusuan badan yang ekslusif anda mampu mencegah serta merawat eczema. Terbukti susu ibu terlalu banyak antibodi dan immunisasi natural buat bayi.

Nak ceritanya di sini ibu tersebut tidak lagi menyusukan anaknya kerana tiada susu. Kalau tidak silap saya menyusu selama sebulan sahaja kemudian campur susu formula. Saya pun apa lagi, peluang ada depan mata saya jadi saya pun sampaikan kebaikan penyusuan susu ibu dan kepentingan susu ibu dalam memastikan kesihatan anak serta kebolehan kita untuk relaktasi.

Apa itu RELAKTASI?? haaaa relaktasi ini maksudnya memulakan penyusuan susu ibu.
Ada dua konteks disini iaitu kepada ibu yang sudah bersalin dan menyusu serta kepada ibu yang mengambil anak angkat.
Hari ini saya nak fokus kepada ibu yang bersalin dan menyusu. Ibu ini berhenti menyusu dan memberi susu formula kepada anak seperti ibu kepada pesakit saya..
Boleh ke susu ibu keluar selepas kita berhenti menyusu? Ya boleh.
Yang penting ibu tersebut perlu tekad dan yakin akan kemampuannya menyusu susu ibu.
Ibu tersebut perlu berusaha untuk pump susu selang 2 hingga 3 jam sehari. Dan ibu boleh mengambil supplement kesihatan untuk mendapat tenaga serta keyakinan untuk menghasilkan susu. Selain itu ibu boleh mengambil pil maxolon atau domperidone untuk merangsang hormon prolaktin yang mana akan menghasilkan susu.
Semua ini tetap bergantung kepada konsep permintaan dan penghasilan atau 'demand & supply'. Maksudnya lebih banyak kita rangsang payudara atau kosongkan breast maka lebih banyak lagi susu yang akan dihasilkan.

Apa yang membuatkan saya gembira hari ini??
Petang tadi ibu kepada pesakit saya datang semula ke klinik dan saya tanya khabarnya.. alhamdulillah.. dengan pengambilan pil iaitu domperidone dan tekad yang kuat sudah membuahkan hasil susu semula. Dan permulaanya sedikit, namun saya tetap memberikan kata kata semngat buat beliau malah sempat saya pesan padanya untuk merekodkan semua hasil pump supaya kelak senang saya nak share dengan semua mommies diluar sana.. alhamdulillah dengan izin Allah ibu tersebut berjaya melakukannya..

Jadi anda juga berpeluang begitu. Pasti boleh.
Penyusuan susu ibu hanyalah berkenaan dengan kesungguhan dan tekad seorang ibu.
Jika anda fikirkan anda boleh maka anda memang boleh melakukannya.
Saya mohon semua mommies atau sesiapa sahaj yang membaca artikel ini, kita doakan ibu tersebut berjaya menyusukan anknya semula..
InsyaAllah jika diizinkan akan saya kongsikan kisahnya.

Ok oleh kerana dah cerita topik ni dan ramadhan pun hampir tiba.. bolehla saya sharekan supplement saat berpuasa.
Vita lea untuk tambah tenaga ibu di bulan puasa
Alfalfa untuk merangsang penghasilan susu ibu dengan lebih cepat.
Vita c untuk memastikan kesihatan ibu kekal mantap
Ostematrix sumber kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu
Esp protein tambahan untuk ibu menghasilkan susu
Performance drink utk ibu kekal bertenaga dan tidak terhidrasi atau rasa haus semasa puasa dan selepas pump.

Ibu juga boleh mengambil maxolon atau domperidone untuk merangsang penghasilan susu ibu yang merundum.

InsyaAllah disulam dengan pengambilan air yang berterusan serta doa dan zikir, pasti susu anda banyak.
Boleh hubungi saya Safuhah 0177164989 untuk pertanyaan dan pembelian produk shaklee atau breastpump eve love.

Monday, 23 June 2014

Persediaan Bulan Ramadhan untuk Ibu Menyusu

Kurang 7 hari lagi semua umat islam akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.
Seperti ibu lain, saya juga teruja dengan kedatangan bulan penuh barakah ini.
InsyaAllah bulan pesta ibadah ini membentangkan pelbagai peluang untuk kita beribadah. Segala apa sahaja yang dilakukan niat kerana Allah pastinya mendapat pahala dr Allah SWT.

Begitu juga dengan ibu menyusu. Di bulan pesta ibadah ini kita juga tidak ketinggalan ingin berebut rebut meraih berkat dan pahala Allah SWT. Namun ada sesetengah ibu menyusu, ibu hamil dan dalam pantang masih gusar memikirkan kedatangan bulan puasa atau Ramadhan al mubarak ini. KENAPA?

Kerana kebanyakkan dari kita akan kehabisan tenaga sewaktu berpuasa dan inilah yang paling ditakuti oleh ibu diluar sana. Dan selalunya setiap kali menyusu atau pump susu kita semua akan rasa lapar dan kehabisan tenga. Bukan itu sahaja ditambah dengan cuaca El Nino ni.. lagila cepat terasa haus, letih lesu dan tidak bermaya.

Haaa... dalam entry yang lepas saya ada kongsikan tips di bulan ramadhan dengan suppl3men kesihatan shaklee. Alhamdulillah pengalaman sendiri mengamalkannya sewaktu berpuasa dan sarat hamil tahun lepas. Saya ambil esp sebelum tdo dan mealshake + performance drink sewaktu sahur. Memang bertenaga dan kurang lesu di siang hari.

Sebenarnya nak share hari ini saya mencipta satu resipi yang diidamkan oleh suami. Dah 2 kali suami ku cuba membuat banana + chocolate smoothies tapi kurang bernasib baik. Jadi hari ini saya cuba membuat utknya tetapi mengolah resipi sendiri. Dan sewaktu penyediaannya saya mendapat idea untuk menambah mealshake supaya bulan puasa nanti boleh dipelbagaikan..

Sya berikan nama smoothies ni ChocoNana smoothies
Bahan bahannya :
1setengah cawan susu segar
Sebiji pisang yang sederhana besar
1 cawan air
Setenagah cawan chocolate syraup (her ayes)
1 sudu besar mealshake

Ambil semua bahan tadi dan blenderkan sehingga hancur dan sebati. Sedia untuk dihidangkan sejuk.
Mula mula sy pun tak yakin and rasa agak pelik bila mendangar hubby bercerita. Lepas minum mmg lain badan urat dan sendi semua. P
Jom kita semvang sembang disini.0177164989

Sunday, 22 June 2014

National Conferance shaklee : Hari memanjakan diri (day 1)

Ha.. hari ini rasa nak share pengalaman saya semasa menghadiri national conference tahun 2014 yang lepas.

National Conferance (NC) ini berlangsung selama 3 hari bermula 7 hingga 9jun lepas. Nc kali ini berbeza sedikit dari tahun tahun lepas
Kerana kali ini ia digabungkan dengan national trip shaklee.

Haaaaa pening ke? Td NC sekarang National Trip pulak.. National trip ini adalah salah satu kelebihan join ahli shaklee. Ini adalah hadiah percutian dalam Malaysia shaklee untuk penerima point sebanyak 350 uyk seorang. Kalau 700 point dpt untuk 2 orang.

Apa yang best sangat percutian yang diberi atau ditaja oleh shaklee ini?
♡percutian taraf 5 bintang
♡ ditaja sepenuhnya kira kita sediakan badan dan baju sahaja.. selebihnya dr bag sampai tuala semua ditaja oleh shaklee
♡ Layanan yang sangat istimewa
♡ terlalu banyak kejutan yang tidak disangka-sangka
♡ makan free yang best!! Hahaha ni penting

Nak dipendikkan cerita, National Trip kali ini di sunway hotel resort and spa sempena NC. Kami check in pada 7 jun dan check out pada 9jun. Kiranya dapat 3hari 2 malam la. Dan hari terakhir tu kami dapat tiket free masuk sunway lagoon yang berharga rm120 seorang. Siap dapat cash makan rm50 dan boleh refund. ;) Best!!

NC kali ini menyaksikan ribuan penerima anugerah dari shaklee. Jauh berbeza daripada NC yang saya pergi tahun lepas. NC tahun lepas saya hanya meraikan kejayaan upline saya iaitu Master Wan Fatihanum. Alhamdulillah NC kali ini saya dapat 4 anugerah. Tak pernah termimpi yang saya layak menang anugerah tahun ini. Masa saya dapat surat dari shaklee saya rasa bersyukur sangat dan saya rasa semua perit jerih saya pulun bersengkang mata kejar sales ribu ribu berbaloi dan terbayar.

Masa NC hari pertama kami berjumpa dengan upline, sideline dan downline dengan senyuman sampai telinga. Selama ini ukhuwwah yang terjalin selama ini hanya bertamu di dunia siber atau alam maya namun pada hari NC tersebut kami saling mengenali dan bertentang mata.
Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah... Syukur je hadrat Allah SWT..

Hari pertama NC saya dapat 1 anugerah iaitu untuk personal group growth. Hari pertama lebih kepada kejayaan persendirian semua Shaklee Independant Distributor (SID)

Oklah rasanya dah lama berceloteh.. jika mommies nak tahu lebih lanjut atau nak join ahli shaklee, jomla sembang sembang dengan saya dengan cara sms atau whatsapp 0177164989 ye..

Friday, 20 June 2014

Kenapa Susu Badan Kurang Walaupun Sudah Ambil Set Susu Shaklee?

Soalan ini sering saya terima daripada kebanyakkan kastemer... beli dengan semangat membara untuk meningkatkan penghasilan susu badan namun selepas mencuba masih tidak mendapat jumlah yang diingini..

KENAPA SITUASI SEPERTI INI BERLAKU?
Kerana seperti yang biasa dan sering saya katakan... penyusuan susu ibu ini perlu rangsangan. Dan rangsangan ini didapati daripada kesan hisapan bayi serta mengosongkan payudara dengan cara pump susu. Sekiranya proses ini tidak dipraktiskan maka susu ibu ini tidak akan terhasil walau banyak mana sekalipun anda mengambil supplement atau tukar tukar produk.

Mommies semua kena ingat bahawanya konsep ' Demand And Supply' ini amat penting dalam memastikan penghasilan susu yang berterusan.
Supplement atau milk booster adalah untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu serta memberikan mommies kesihatan yang lebih baik.
Yela.. mommies semua mesti sibuk menguruskan hal hal rumah tangga kemudian menyusukan anak pula.. banyak tenaga yang digunakan.
Tambahan pula, zaman ini pemakanan mommies tak sebaik atau sempurna pada zaman ibu ibu kita.. banyak pengawet dan tida sihat.
Maka dengan mengamalkan supplement kesihatan shaklee atau supplement penyusuan shaklee ini, maka secara tidak langsung membekalkan semua zat dan garam galian yang diperlukan oleh tubuh ibu dan seterusnya bayi.

Apabila mommies ceria dan bertenaga barulah boleh membentuk keluarga bahagia.. insyaAllah.
Kita hanya berusaha yang terbaik, selebihnya Allah tentukan.

Berbalik kepada soalan kita hari ini, iaitu kenapa susu saya kurang walau dengan pengambilan supplement shaklee ini, saya ingin berpesan dengan mommies kena kerapkan penyusuan dan pump susu ibu untuk mendapatkan susu ibu yang banyak...

Jom kita cabar diri.. kalau tak percaya cubala..
Boleh share komen anda dan hasil perahan di ruangan komen jika anda telah mencuba apa yang saya katakan. InsyaAllah saya akan pilih pemenang.

Tips utk berjaya:
1. Kerap menyusu atau pump susu sekurang2nya 2 hingga 3 jam sekali
2. Sentiasa minum air masak sekurang2nya 3liter
3. Merangsang penghasilan oksitosin dengan mood ceria dan sentiasa teringat ke anak
4. Mendapat sokongan dan dorongan suami
5. Sentiasa bersyukur dengan hasil perahan yang diterima pada hari tersebut.
6. Berfikiran positif
7. Mengamalkan pemakanan tinggi protein rendah lemak
8. Mengamlkan supplement shaklee :)

Sebarang pertanyaan tentang supplemen dan penyusuan susu ibu boleh sms atau whatsapp 0177164989.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design