Wednesday 23 April 2014

Pengurusan SUSU PERAHAN ketika BERCUTI :)

Assalamualaikum mommy-mommy yang cantik semua!!
Hari ini saya bersiaran dari PULLMAN LAKESIDE HOTEL, Putrajaya..
Alhamdulillah ada duit lebih sikit, kami sekeluarga pergi bercuti seketika sebagai apa orang cakap tu, "weekend getaway" ? haaaa lebih kurang macam tu la..


Dan yang penting meraikan MASTER CELEBRATION my mommy Shaklee. Kami semua dijemput oleh SHAKLEE MALAYSIA untuk meraikan kejayaan beliau merangkul rank tertinggi dalam shaklee dengan purata pencapaian sebulan mencecah RM600 000. WOW banyaknya.. Dengan Shaklee segalanya mungkin.



Ok berbalik kepada cerita kita tadi..saya nak cerita bagaimana kita mahu menguruskan 'pergerakan' susu perahan sewaktu bercuti. Ini sangat penting kerana SUSU PERAHAN atau EBM ni sensitif pada perubahan suhu. Jadi di sini konsep yang paling penting semua mommies kena faham ialah untuk memastikan suhu susu perahan tidak berubah.


Apa yang dikatakan dengan perubahan suhu. Contohnya:
       Susu beku diletakan dalam cooler bag seterusnya dibawa keluar. Kemudian susu tersebut bila sampai di rumah sudah cair bukan dalam keadaan beku lagi, maka sebenarnya susu itu tidak boleh dibekukan semula.. ermm boleh faham ke? Susu tu boleh diminum dalam 24jam.



Ok..ramai yang keliru.. macam mana nak explain ye..

Saya bagi tip-tips untuk menggerakkan susu perahan dahulu ye:
1. Sediakan bag atau tempat khas untuk menggerakkan susu perahan contohnya seperti  cooler bag atau peti coldman yang isi ice tu.


2. Sediakan ice brick atau jika nak bajet boleh bekukan ice dalam plastik sehari sebelum anda ingin menggunakannya. Tapi atas dasar faktor kebersihan saya lebih gemar anda menggunakan ice brick. Beli sekali boleh tahan lama uolls :)
3. Ambil susu perahan masuk dalam bag atau peti tersebut dan diselang seli dengan ice brick. Pastikan suhunya tidak berubah. 


4. Jika anda khuatir perubahan suhu, bolehla campurkan garam pada ice bricks tu. Sebab nanti aisnya lambat cair.
5. Jika perjalanan agak jauh, maka selepas 2jam berhenti untuk topup ais baru. 


Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mommies. Boleh juga baca pengalaman founder eve love ni, semasa beliau menjalankan ibadah umrah.

Sebarang pertanyaan berkenaan product EVE LOVE, Shaklee dan penyusuan susu ibu boleh berhubung dengan saya melalui sms/whatsapp 0177164989

0 comments:

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design