Friday, 3 May 2013

HIIT - Senaman Bagi Mereka Yang Kesuntukan Masa

HIIT - high intensity interval training. Training atau senaman bagi mereka yang mahukan senaman yang membakar lemak tapi mengambil masa yang lebih singkat daripada senaman cardio biasa seperti jogging atau berbasikal. HIIT ialah senaman high intensity iaitu senaman yang memerlukan tenaga yang lebih tinggi. Ia terdiri dari senaman sprint yang diselang seli dengan senaman yang lebih ringan seperti brisk walk atau jogging.




Yang membezakan HIIT dengan senaman cardio biasa adalah tempoh masa yang diperlukan untuk senaman HIIT lebih singkat iaitu cuma mengambil masa 15 - 20minit. Selain itu melalui beberapa kajian, HIIT dikatakan dapat membakar lemak dengan lebih efektif dan pantas berbanding senaman cardio biasa. Melalui kajian juga didapati HIIT membakar 10% lebih banyak kalori selepas 24jam bersenam berbanding senaman berterusan yang 'steady' ini bermakna metabolisme semasa berehat bagi mereka yang mengamalkan HIIT adalah lebih tinggi. Kajian juga mendapati HIIT dapat mengurangkan penghasilan enzim yang menghasilkan lemak.



Ada pelbagai jadual yang boleh dibuat untuk melaksanakan senaman HIIT. Di sini saya ingin kongsikan salah satu regime yang digunakan bagi penggemar-penggemar HIIT. Regime ini terdiri daripada 4fasa yang mengambil masa 8minggu.

  • fasa 1 (minggu 1-2): 15saat high intensity exercise diikuti 60 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 15saat high intensity exercise.
  • fasa 2 (minggu 3-4): 30saat high intensity exercise diikuti 60 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
  • fasa 3 (minggu 5-6): 30saat high intensity exercise diikuti 30 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
  • fasa 4 (minggu 7-8): 30saat high intensity exercise diikuti 15 saat rehat atau low intensity exercise seperti jogging atau berjalan. Ulang 10kali regime ini sebelum sudahi dengan 30saat high intensity exercise.
Selepas ini bolehlah suamiku cuba HIIT untuk kurangkan lemak di perut. Lagi berkesan kalau disepadukan dengan diet sihat dan pengambilan Cinch Shaklee. Performance Drink pula untuk prestasi senaman yang optimum.


Tuesday, 30 April 2013

Apakah Itu GLA?

Gamma-linolenic acid (GLA) adalah asid lemak omega-6 yang biasanya ditemui dalam minyak tumbuhan seperti borrage seed oil, evening primrose oil, dan black currant seed oil. Asid lemak omega-6 are adalah essential fatty acids iaitu asid lemak yang diperlukan badan tetapi tidak dihasilkan oleh badan kita. Kita memperoleh asid lemak perlu ini melalui makanan yang kita makan. 


borage

evening primrose

Bersama-sama asid lemak omega-3, asid lemak omega-6 memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan juga pertumbuhan badan yang normal. Juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acids (PUFAs), GLA membantu meransang pertumbuhan kulit dan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme dan mengekalkan kesihatan sistem pembiakan.

Cara bertindak. GLA bertindak sebagai anti-inflammatory (anti radang), antithrombotic, antiproliferative dan merendahkan lipid (lemak). GLA juga mempunyai sifat vasodilatation dan me'relax'kan smooth muscle.

Indikasi klinikal atau siapa yang memerlukan supplemen GLA:
  • Rheumatoid arthritis (RA) - dalam beberapa kajian menggunakan GLA samada dari sumber borrage oil atau evening primrose oil didapati mereka yang mengambil supplemen GLA menunjukkan perubahan positif dari sudut kurangnya sakit sendi, kurang bengkak sendi yang mengalami RA dan 'morning stiffness'.
Rheumatoid Arthritis

  • Atopic eczema - Kajian mengenai kaitan antara GLA dan atopy eczema iaitu penyakit kulit yang gatal turut dibuat dan didapati GLA boleh mengurangkan kegatalan disebabkan atopy eczema.
atopic eczema

  • Acute respirotary distress syndrome - GLA didapati mengurangkan inflammation yang dihadapi pesakit yang menderita ARDS.
  • Asthma - Kajian menunjukkan pesakit asthma yang mengambil GLA mendapat kesan positif dari segi kurangnya biosintesis leukotriene dan kurang penggunaan inhaler.
  • Premenstrual syndrome - dalam satu kajian mengaitkan GLA dan premenstrual syndrome didapati 61 peratus mengakui bebas daripada simptom haid sepenuhnya, 23 peratus mengalami simptom haid tetapi berkurangan dan 15 peratus tidak mengalami perubahan langsung.

  • Penyakit cardiovascular - GLA juga didapati berkesan dalam mengurangkan cholesterol dalam darah sekaligus melindungi daripada penyakit cardiovascular.
  • Attention Deficit/Hyperactivity Disorder
  • Cancer - GLA didapati membantu ubat chemotherapy tamoxifen dan paclitaxel dalam rawatan kanser payudara. GLA juga didapati dapat merawat kanser seperti glioma dan memiliki sifat cytotoxic agent terhadap kanser pundi kencing. Juga didapati memiliki sifat sinergistik terhadap rawatan kanser pancreas dengan ubat gemcitabine.
  • Osteoporosis - GLA juga melambatkan proses osteoporosis dan meningkatkan ketumpatan tulang.
  • Diabetic Neuropathy - Bagi pesakit diabetis yang mengalami komplikasi seperti diabetic neuropathy, GLA dapat membantu memulihkan sistem saraf yang terlibat. Didapati dalam kajian GLA dapat membantu mengembalikan rasa sejuk dan panas, reflex sendi dan kekuatan otot.
 Apakah yang membuatkan GLA Shaklee berbeza dengan GLA yang dihasilkan oleh syarikat yang lain? GLA Shaklee diekstrak daripada Borrage yang mengandungi dua kali ganda GLA dalam evening primrose. Borrage juga tiga kali ganda lebih dari segi bioavailability dan tiga kali ganda lebih berkesan daripada evening primrose. Shaklee mengekstrak GLA dari borrage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.



Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA. Ianya digabungkan dengan sunflower oil dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya dijamin oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan.


Monday, 29 April 2013

Belum Mendapat Anak?

Ada di antara kita sudah berkahwin sekian lama tapi belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin ditangguhkan dahulu. Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk cuba mendapatkan anak.

Dalam beberapa kajian didapati para bakal ibu yang lebih relax dan happy lebih mudah mendapat anak berbanding mereka yang stres dan tertekan. Sekiranya anda belum mendapat anak dan tertekan peluang anda untuk mendapat anak makin tipis.

Waktu ovulasi iaitu waktu di mana ovum anda dilepaskan oleh ovari. Waktu ini adalah waktu subur anda. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui bila waktu ovulasi berlaku.

  • Cara kalender - cara ini sesuai bagi perempuan yang haidnya tetap. Tandakan pada kalender bila hari pertama anda haid. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid selama 28hari kemungkinan ovulasi adalah pada hari ke-14. Sekiranya haid anda tidak tetap agak susah untuk menentukan ovulasi dengan kaedah kalender. 
  • Carta suhu badan - sebaik sahaja anda ovulasi suhu badan anda akan meningkat sedikit dan kekal pada suhu baru ini sehingga selepas haid anda. Caranya adalah dengan mengambil suhu badan pada waktu yang sama setiap hari dan menanda pada carta suhu badan anda. Dengan kaedah ini anda dapat mengetahui bila ovulasi anda berlaku. Iaitu pada waktu di mana sebelum sebaik sahaja suhu badan anda meningkat. Anda perlu memantau carta ini selama beberapa bulan sebelum nampak corak kitaran suhu anda.
  • Memantau cairan mukus cervix - mukus akan dihasilkan oleh vagina anda untuk memudahkan sperma berenang. Ketika anda subur mukus ini seperti putih telur dan melekit. Dengan memantau perubahan pada tekstur cairan mukus vagina anda dapat ketahui bila anda subur.
  • Kit ovulasi - kit untuk mengesan bila anda subur. Boleh didapati di farmasi. Kit ini mengesan luteinizing hormone dalam air kencing. Caranya sangat mudah. Tapi saya tidak pasti kit ini mudah didapati atau tidak di farmasi di Malaysia.
Setelah mengetahui waktu anda ovulasi langkah seterusnya adalah dengan mengadakan hubungan sex dalam 48jam waktu subur anda. Ini untuk memastikan sperma cukup banyak ketika mana ovum dilepaskan untuk disenyawakan. Setelah melakukan hubungan sex digalakkan untuk berbaring sebentar di atas tilam untuk membantu sperma berenang ke arah cervix.

Shaklee ada menawarkan set kesuburan bagi si suami dan juga si isteri. Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi vitalea, B Complex, Vita-C, alfalfa dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex.






Anak Laki vs Anak Perempuan

Bagi sesetengah ibu bapa jantina anak bukanlah perkara besar asalkan anak mereka sihat. Bagi sesetengah yang lain pula jantina adalah perkara penting. Mungkin ibu bapa yang sudah memiliki ramai anak lelaki mereka menunggu pula ketibaan anak perempuan. Atau bagi mereka yang memiliki empayar perniagaan yang besar anak lelaki ditunggu-tunggu untuk mewarisi perniagaan mereka.



Berdasarkan ilmu sains perubatan, anak lelaki adalah hasil gabungan ovum si ibu dengan sperma Y si bapa manakala anak perempuan adalah hasil percantuman ovum dengan sperma X si bapa. Maka penentu jantina anak terletak pada sperma si bapa. Namun adakah cara untuk kita gunapakai dan manipulasi supaya jantina anak dapat dipilih?



Saya terbaca dalam sebuah buku tentang kehamilan kita boleh manipulasi beberapa perkara dalam 'memilih' jantina anak kita. Kaedah yang digunapakai ini juga berdasarkan beberapa teori berkenaan sperm X dan Y.

Antara kaedah popular yang digunapakai adalah timing sex. Sperm Y berenang lebih laju tetapi mati lebih cepat berbanding sperm X. Maka untuk dapatkan anak lelaki elakkan hubungan sex 2-3hari sebelum masa subur anda dan lakukan sex sebaik sahaja subur supaya sperm Y dapat sampai dahulu ke ovum. Untuk mendapatkan bayi perempuan pula anda disarankan melakukan hubungan sex 2-3 hari sebelum waktu subur supaya ketika anda subur hanya tinggal sperm X untuk mensenyawa ovum.



Sperm Y dikatakan menyukai keadaan alkali manakala sperm X lebih suka keadaan asid. Anda boleh mencuba kaedah berikut setengah jam sebelum hubungan sex. Bagi anak lelaki basuh atau lumurkan vagina anda dengan larutan soda bicarbonate (alkali) manakala untuk mendapatkan anak perempuan pula basuh atau flush vagina dengan air lemon atau cuka (asid).



Kakak ipar saya ada pernah bercerita tentang cara tradisional untuk dapatkan anak lelaki. Si ayah kena makan ikan banyak-banyak baru dapat anak lelaki.

Walau apapun cara yang dipakai anak yang dilahirkan adalah rahmat dan rezeki yang patut diraikan tanpa mengira samada lelaki atau perempuan. Bayangkan perasaan mereka yang belum menimang cahaya mata setelah sekian lama mendirikan rumah tangga. Semestinya jantina bukan persoalan asalkan anak sihat.
Shaklee ada menawarkan set kesuburan bagi si suami dan juga si isteri. Set kesuburan bagi si suami terdiri daripada zinc complex dan vita E manakala set kesuburan si isteri pula terdiri daripada alfalfa complex dan GLA complex.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design