Wednesday, 16 April 2014

Jom kaji bagaimana susu ibu dihasilkan!

Sebagai seorang ibu, adalah penting untuk kita kenal dan faham konsep penghasilan susu ibu!

SubhanaAllah sungguh indah ciptaan Allah.. Seorang ibu mampu menghasilkan titisan susu yang sangat tidak ternilai buat anak-anaknya.


Jom kenal payudara kita.. Setiap sel yang ada pada breast perempuan ni mempunyai fungsi tersendiri.

A. Saluran Kelenjar susu : Mengalirkan susu dari alveoli ke saluran susu utama.
B. Alveoli : Kilang yang menghasilkan susu. Terdapat berjuta juta alveoli di dalam breast kita. Setiap wanita mempunyai bilangan alveoli yang sama banyak. Di dalam alveoli, jika dilihat secara keratan rentas, ada 2 sel yang penting iaitu sel duktus (A) dan sel basal (B). Hormon yang penting dalam penyusuan susu ibu ini iaitu OXYTOCIN dan PROLAKTIN berperanan pada kedua-dua sel ini. Prolaktin akan mengakibatkan susu terhasil dari sel duktus. Manakala OXYTOCIN pula akan menyebabkan sel basal ini mengecut lalu menolak susu dalam kelenjar susu untuk dipancutkan dalam mulut bayi.
SubhanaAllah!!
C: Kalenjar susu/duktus : mengalirkan susu daripada sel duktus ke saluran susu utama.
D: Puting: Mengalirkan susu dari saluran utama kepada bayi.
E: Lapisan lemak: merupakan tisu sokongan buat payudara
F: Lapisan otot payudara
G: Tulang Rusuk 


Jadinya jika kita kenal payudara kita dalam-dalamnya, maka senangla kita nak faham konsep penyusuan SUSU IBU yang sebenar.
Yang penting semua ibu-ibu mesti merangsang OXYTOCIN supaya susu dapat dialir keluar kepada bayi. Jika PROLAKTIN sahaja susu memang ada atau breast memang ada susu, namun susu tersebut tidak boleh dikeluarkan.

Nanti saya cerita pula tentang OXYTOCIN dan PROLAKTIN !

 Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.



Pabila dapurku berasap: Kuey Teow Kung Fu gaya Ummi!! :)

Alhamdulillah hari ni sempat masak menu yang selalu makan kat kedai je.. teringat zaman study dulu.. makan dkt gerai 4u2c.. 

Antara yang sedap kat kedai tu kuey teow kung fu ni la...
Ha... sebenarnya dah lama nak cuba tapi asyik tak dan je.. i ni gaya kalahkan pak.menteri u :)
Akhirnya hari ni try la...

Resipi asal ni saya pelajari dr teman fb sy..saudari fara dila.. dengan ingatan yang ada ni saya pun apa lagi..mencipta resipi sendiri..






Kuey teow kung fu gaya Ummi

Bahan bahan mcm dalam gambar la..

1. Bawang putih
2. Sayur sayuran
3. Bahan mentah. Sy memilih seafood hari ni sbb boring asyik ayam ja..
4. 2biji telur diasingkan kuning dan putih
5. Kuey teow
6. Bancuhan tepung jagung
7. Air rebusan ayam atau stok ayam

Cara memasaknya..

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan seafood td.. gorwng sampai seafood masak.
2. Masukkan air rebusan ayam dan gaul sebentar.
3. Bila dah mendidih masukkan sayur sayuran kecuali daun ketumbar.
4. Renih seketika kemudian masukkan putih telur dan bancuhan tepung jagung td.
5. Kacau rata sampai pekat.
6. Rasa garam dan lada sulah.
7. Akhir sekali tabur daun ketumbar.
Kuey teow tu digoreng dengan bawang putih dan kuning telur.. actually yang ni ikut suka..saya sekadar menghabiskan telur kuning je.. kalau nak makan gitu pun boleh..


Dah siap kuah and kuey teow..boleh dihidangkan bersama diatas pinggan.
Sedap dimakan dengan cili api jeruk!! :)
Selamat mencuba!

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu  serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**
Hubungi saya dengan sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Thursday, 23 January 2014

Baby Led Weaning (20/01/14) with El Hannan ;)







Baby Led Weaning! Cara Baru Memperkenalkan Makanan Pelengkap kepada Bayi.

Apa itu Baby Led Weaning?

Baby led weaning ni cara terbaru untuk memperkenalkan makanan pelengkap pada anak kita.
Prinsipal di sebalik istilah 'baby led weaning' adalah untuk membolehkan anak kita makan dengan sendiri makanan yang bersesuaian mengikut umurnya dengan perkembangan usia mereka.
Ini bermaksud anak kita akan memasukkan sendiri makanan yang terhidang kedalam mulutnya dan dia akan makan yang dikehendakinya sahaja.
Dalam erti kata lain makanan tidak ditempatkan dalam mulutnya, tetapi anak kita terpaksa berusaha untuk mengambil makanan yang mana dan banyak mana yang ingin di makannya.
Pelbagai kajian dilakukan menunjukkan kaedah ni jauh lebih baik daripada kaedah menyuap makanan kepada baby.

Nanti boleh baca seterusnya mengenai baby led weaning di sini  http://www.babyledweaning.com/


Alhamdulillah dah cuba teknik ni pada baby Hannan masa die umur 180 hari.. sangat excited actually tgk telatah dia makan dan rasa.
Pada pendapat saya, insyaAllah rasa teruja nak bagi baby Hannan makanan yang digemarinya namun kaedah Baby Led Weaning ni perlu pengawasan daripada dewasa. Disebabkan Hannan di jaga oleh maid..maka kami setuju untuk menyuap makanan biasa untuk bayi sewaktu ummi bekerja.. dan baby led weaning semasa saya berada di rumah sahaja.


Hari pertama Hannan merasai makanan pelengkap, kami berikan makanan sunnah iaitu puree kurma. Senang je nak buat puree ni:

5 biji kurma di buang kulit dan biji

sedikit susu EBM ibu

Air zam zam.


Masuk semua bahan dalam pengisar baby.. kisar sehingga halus dan kepekatan yang sesuai buat baby k.
siap..

Alhamdulillah Hannan berselera.. adalah dah nak habis tu die macam geli-geli masam kurma tu..it was fun!

Then lunch saya start dengan bubur kosong sahaja... haaa dinner pula, ummi buat steamed carrot. Inila reaksi baby hannan bila baby led..

  http://youtu.be/SadPi_iiTcE


ok guys..sampai sini dulu.. esok sambung lagi..
Any questions berkenaan penyusuan susu ibu boleh sms/whataspp saya safuhah 0177164989.
~Kasih Hawa Buat Semua~

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design