Thursday, 12 June 2014

Phytocol-st produk terbaru shaklee

Pada 8jun lepas shaklee telah pun melancarkan produk terbaru mereka iaitu Phytocol-st.
Phytocol-st shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg fitosterol setiap hari.

Lebih daripada 80kajian klinikal telah dilakukan terhadap phytocol-st ini yang membuktikan dengan pengambilan 2000mg fitosterol boleb menurunkan paras LDL-kolesterol kita.

Kalau mommies nak tahu kolesterol yang ada dalam badan ni terdiri daripada 2 jenis.. High Density lipoprotein (HDL) dan Low Density lipoprotein (LDL). HDL ini kolesterol baik dan LDL ni kolesterol jahat. Jadi kita kena pastikan kadar LDL sentiasa kurang drpd kadar HDL. Semakin banyak HDL adalah semakin baik kesihatan kita.

Mungkin next entry saya share tentang koleaterol ye..

Fitosterol dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan ditemui dalam membran sel tumbuh tumbuhan. Ia juga ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah buahan, sayur sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan kita?
Institut kesihatan kebangsaan amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolesterol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.

Bilakah masa yang sesuai untuk kitamengambil phytocol-st shaklee?
Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan iaitu 2biji sekali makan 2 kali sehari selepas makan.

Bolehkah kita mengambil Phutocol-st shaklee dan Omega Guard Shaklee pada masa yang sama?
Ya. Tiada sebab kenapa kita tidak boleh mengambil kedua dua produk ini demi menjaga kesihatan kita. Kita juga boleh mengambil CoQ Health plus shaklee untuk lebih mengoptimumkan manfaat Phytocol-st shaklee.

Adakah produk phytocol-st sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi sahaja?
Phytocol-St shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

Pilihan ada di tangan anda!!
Untuk mendapatkan 2000mg fitosterol, pertimbangkan dahulu makanan yang anda perlu ambil setiap hari iaitu:-
A. Phytocol St
B. 200 biji lobak merah sehari
C. 70 keping roti gandum sehari
D. 425 biji tomato sehari

Semestinya saya pilih A. :)

Yang paling penting Phytocol St ini bebas pewarna, tiada tambahan pengawet, perisa atau pemanis dan ianya bebas gluten serta HALAL!

JOM TURUNKAN KOLESTEROL HARI INI..
sms atau whatsapp 0177164989 utk tempahan.
Cod shah alam/klang/setia alam
Pick up : taman seri andalas klang.

Wednesday, 11 June 2014

National Conference Shaklee Jun 2014

Lama menyepi dari mencoret sesuatu di sini..
Ada sedikit musibah yang melanda saya ketika saya baru nak berhenti kerja. Alhamdulillah perancangan Allah yang terbaik buat saya..
Saya syukur nikmat tak terhingga itu...
Kini saya bergelar seoarang ibu yang berkerjaya dari rumah.. atau bahasa orang putihnya work at home mom!! (WAHM)

Hanya seorang ibu yang memahami perasaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak anak dan keluar bekerja. Sentiasa terikat dengan jadual kerja dan lebih banyak masa di luar.. dan akhirnya saya memberanikan diri untuk membuat keputusan yang tidak pernah saya jangkakan sebelum ini!!
Syukur Ya Rabb..

Okla hari ini saya nak share tentang apa itu National Conference Shaklee. Kebetulan masih panas dan masih terasa aura NC yang baru beelangsung pada 7 hingga 9jun lepas.
Sewaktu saya join shaklee kira kira pada oktober 2012 yang lepas, saya hanya ingin berbisnes sampingan dan dengan kerjaya sebelum ini sebagai seorang doktor, tiada sebarang push factor untuk saya dapatkan duit lebih. Hidup saya cukup selesa. Alhamdulillah.
Saya memang minat berniaga dan adalah pengalaman beeniaga kecil kecilan di kolej dulu.
Sejak berkecimpung dalam shaklee, saya belajar mengenai perniagaan online. Saya mula kenal apa itu blog, saya mula pelajari apa itu page..dan akhirnya saya semakin seronok dan suka dengan apa yang saya lakukan.

Saya seorang doktor dan sesungguhnya dengan mengenali shaklee dan setelah mengamalkan shaklee saya dapati perubahan kpd kesihatan keluarga saya secara menyeluruh.
Keberkesanan serta keyakinan shaklee terhadap setiap produknya menyebabkan saya tidak teragak agak untuk berkongsi kebaikan tentangnya.

Pada saya mencegah lebih baik daripada merawat. Alhamdulillah ramai warga Malaysia yang tahu tentang kebaikan shaklee dan ramai juga yang tahu tentang peluang yang dibentangkan oleh shaklee.. seperti yang kongsikan di atas, saya sertai shaklee hanya untuk suka-suka. Maka saya memang tidak pernah terfikir untuk menang sebarang anugerah.

Pernah pada bulan april lepas mommy saya tanya tentang pembelian tiket NC.. Hati sy rasa saya akan dpt award, tp saya beli juga sekeping untuk back up. Akhirnya saya dapat email daripada shaklee yang saya telah dianugerahkan bukan 1 malah 4 anugerah tahun ini!! Dan saya layak penginapan hotel 5 bintang untuk 3hari 2malam.

Alhamdulillah..syukur rezekiMu ya Allah..
Dan hari yang ditunggu-tunggu telah tiba..
Pengalaman manis yang luar biasa untuk insan biasa meraih kejayaan...
Kejayaan yang dikongsi bersama sama sahabat seperjuangan yang benar benar mahukan perubahan dalam hidup!
Dan NC tahun ini telah membuka mata saya seluas luasnya.. tentang peluang shaklee..
Ramai masters daripada masyarakat melayu dan sistem yang telus serta halal.
Tiada front loading.
Tiada head hunting.

Siapa usaha dia dapat!!
Ok tadi saya cakap 4 award dan penginapan 3hari 2 malam kan..
Rupanya saya dapat lebih lagi...
Saya dapat RM200 cash vouchers, RM100 elaun makan 2kali, Sebotol coq health, 8sachet collagen powder, 8 strip cinch tea mix, 8 strip nutreferon, tuala shaklee, beg shaklee, t-shirt muslimah, jemputan makan malam bersama CEO shaklee Roger Barnet, tiket masuk sunway lagoon dan saya memenangi sebotol GLA complex dan pill box untuk lucky Draw!!
Selain itu saya juga dapat sedikit cenderahati drpd upline dan sideline yang sama sama raikan kejayaan masing masing!

Sudah pastinya pengalaman majlis yang penuh aura positif yang mampu menginspirasikan sesiapa sahaja yang pergi serta kami balik dengan semnagat baru!!

Semangat untuk buat lebih, lebih lagi dan lebih baik lagi supaya saya dapat lebih banyaj award dan hadiah tahun hadapan!

Sesungguhnya shaklee bukan sahaja mengubah kesihatan sesoarang, malah shaklee mengubah kehidupan seseorang kepada kehidupan yang jauh lebih baik! Dan setiap persahabatan yang terjalin pada mulanya di alam maya, namun pabila bersua sungguh indah terasa ukhuwwah fillah tersebut!
Kerana kami semua saling memahami dan sentiasa bersama sama tika susah dan senang..

Terima kasih buat mommy shaklee ku wan fatihanum, sahabat #GBH master farhah, master fa, maria, fuzza, halilah, irnawati, dan ummi hanifah! Kalian yang sentiasa membakar semangat juangku!

Terima kasih kepada nanny lyna Noh serta apak zainul untuk semua tunjuk ajar.

Dan tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada suami yang sentiasa menyokong usahaku daripada belakang..terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa disisi serta adik beradik yg selalu menyokong!!

InsyaAllah saya janji akan lakukan yang lebih baik tahun hadapan.. :)

Jom join shaklee di bawah empayar kami..
Hubungi saya 0177164989 ya.. insyaAllah saya bantu anda..

Wednesday, 21 May 2014

SAKIT SENDI??? Rawat dengan Advanced Joint Health Tablet


Arthritis atau radang pada sendi seringkali dihidapi golongan pertengahan dan golongan berumur. 

Arthritis adalah subjek umum yang merangkumi hampir 100 penyakit berkenaan sakit sendi. Antaranya yang biasa dihidapi adalah osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan juvenile arthritis.

Osteoarthritis dan rheumatoid arthritis adalah kumpulan paling ramai. Namun osteoarthritis lebih terkenal dan dihidapi oleh ramai pesakit di Malaysia mahupun Negara-negara membangun, besar kemungkinan disebabkan cara hidup moden. Jadi saya bercadang untuk bersembang berkenaan osteoarthritis (OA).
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/jom-kenal-apa-itu-sakit-sendi-atau.html


Osteoarthritis adalah kumpulan arthritis paling kerap ditemui dan disifatkan sebagai arthritis yang kronik disebabkan tulang rawan pada sendi yang semakin rosak dan hancur. Tulang rawan pada sendi atau pada istilah perubatan joint cartilage adalah bahagian pada hujung tulang di dalam sendi yang melindungi dan memberi kesan kusyen untuk menyerap hentakan dan memudahkan pergerakan pada sendi. Kerosakan dan rawan yang semakin hancur akan menyebabkan hujung tulang terdedah kepada tulang yang menyambung sendi tersebut. Setiap pergerakan akan menyebabkan tulang-tulang bersentuhan ini bergeser di antara satu sama lain dan menyebabkan kesakitan teramat, pergerakan yang terhad dan sendi yang keras dan tidak boleh bergerak.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/jom-kenal-apa-itu-sakit-sendi-atau.html

Risiko untuk mendapat OA antaranya adalah:

Umur. Semakin berumur semakin berisiko untuk mendapat OA. Konsep “wear and tear” memainkan peranan penting dalam terjadinya OA. Semakin berumur semakin kerap anda menggunakan sendi maka semakin berisiko mendapat OA. Tetapi ini tidak bermaksud anda hanya perlu duduk diam di rumah dan tidak banyak bergerak. Terdapat beberapa faktor lain yang juga perlu ada untuk seseorang itu mendapat OA.


Obesiti. Berat badan yang tidak dijaga adalah faktor yang sangat penting untuk seseorang mendapat OA. Lutut terutamanya terdedah kepada OA. Setiap pound berat badan meningkat akan meningkatkan tekanan 4 pound kepada lutut dan 6 pound tekanan kepada sendi pinggul (hip joint). Kajian juga menunjukkan lebihan lemak badan akan menghasilkan bahan kimia yang akan bergerak ke seluruh badan dan merosakkan sendi-sendi. Maka obesity bukan sahaja memberi kesan mekanikal malah memberi kesan systemik yang buruk kepada terjadinya OA.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/jom-kenal-apa-itu-sakit-sendi-atau.html

Kecederaan dan ‘Overuse’ atau terlalu kerap mengguna sendi. Para atlet dan sesiapa sahaja yang kerja sehariannya memerlukan pengulangan pergerakan yang berlebihan seperti landscaping, menaip atau mengendalikan mesin akan terdedah kepada bahaya kecederaan kepada sendi yang kerap digunakan serta meletakkan sendi tersebut kepada stres berlebihan seterusnya membawa kepada OA. OA juga sering berlaku pada sendi-sendi dimana tulangnya pernah patang suatu ketika dahulu dan juga tulang yang pernah dilakukan pembedahan ke atasnya.

Genetics. Genetik memainkan peranan yang penting dalam OA terutamanya sendi-sendi pada tangan.

Lemah Otot. Kajian menunjukkan otot-otot sekitar lutut yang lemah meningkatkan risiko untuk mendapat OA pada sendi lutut. Malah senaman yang menguatkan otot peha akan mengurangkan risiko OA pada lutut. Ini menunjukkan pentingnya memastikan otot-otot sentiasa kuat untuk mengelakkan OA pada lutut dan sendi-sendi lain.

Jadi soalan seterusnya adalah apakah rawatan untuk OA?

Anda sendiri adalah faktor penting dalam memastikan hidup lebih bermakna. Apa yang penting adalah mengubah gaya hidup anda supaya lebih sihat, mengurangkan berat badan, berhadapan dengan tekanan dan susah hati secara bijak, elakkan sendi anda daripada terus rosak dan mengimbangi antara rehat dan aktiviti supaya anda dapat melawan kesakitan dan had-had yang mungkin anda hadapi apabila mendapat OA.

Matlamat rawatan OA adalah:


  • Mengawal sakit dan simptom-simptom yang lain
  • Mempertingkatkan fungsi hidup seharian anda

Kebanyakan plan rawatan OA termasuklah:


  1. Senaman
  2. Mengawal berat badan
  3. Perlindungan pada sendi-sendi
  4. Terapi fizikal dan terapi carakerja
  5. Ubat-ubatan

Untuk mengetahui lebih banyak tentang OA layari laman web

Arthritis Foundation

Arthritis Today

Anda juga boleh mencuba rawatan alternatif menggunakan herba seperti Boswellia dan Cercumin. Didapati daripada beberapa kajian Boswellia dapat membantu pesakit OA. Sila rujuk post saya sebelum ini mengenai Boswellia – Advanced Joint Health Tablet Shaklee – Solusi Bagi Mereka Yang Sakit Sendi.

Shaklee mengeluarkan produk berasaskan Boswellia untuk merawat sakit sendi. Advanced Joint Health Tablet yang dikeluarkan Shaklee mempunyai keistimewaan di mana tablet ini mengandungi Boswellia serta nutrien dan mineral semulajadi yang lain. Maka para pengamalnya tidak perlu mengambil supplemen tambahan sepertimana sebelum ini kerana Advanced Joint Health Tablet mengandungi Vitamin C, ekstrak jagung, Zink, Tembaga dan Mangan untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.
http://xercestouch.blogspot.com/2013/01/jom-kenal-apa-itu-sakit-sendi-atau.html
Nak cuba atau nak bebaskan diri anda dari masalah sakit sendi? jom cuba..

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tips Banyakkan Susu Ibu- Variasi payudara ibu


Tips banyakkan susu ibu dengan memahami konsep penyusuan dan fisiologi payudara ibu. Ini sangat penting agar ibu akan teruskan penyusuan walau badai melanda. 

Jom kenali payudara ibu menyusu!

  • bentuk, saiz, dan warna payudara wanita dipengaruhi oleh peta genetik manusia yang berbeza antara satu sama lain
  • 1 hingga 2% daripada masyarakat mempunyai lebihan puting ataupun payudara di badan mereka
  • Lebihan tisu payudara atau puting ini biasanya timbul disepanjang garisan susu ini
  • Ada individu yang mempunyai puting sahaja ataupun tisu payudara tanpa puting ataupun kedua-duanya sekali
  • Ia tidak akan mengganggu penyusuan  tetapi ada kalanya tisu payudara ini membesar semasa wanita hamil dan menghasilkan susu.
  • 10 hingga 30% puting wanita yang hamil anak pertama agak leper. Dengan teknik penyusuan yang betul dan seiring bertambahnya pengalaman puting akan timbul seperti wanita lain.
  • Kelahiran dan penyusuan anak berikutnya dapat membantu puting menjadi lebih timbul dan fleksibel.
  • Sekitar 3% wanita mempunyai puting terbalik (inverted nipples)
  • Ia dapat dikesan dengan membuat satu ujian yang dipanggil 'pinch test'


"Pinch Test" teknik untuk mengesan puting terbalik atau inverted nipples

1. Tekan areolar kira kira 1 inchi daripada puting dan lihat sama ada puting itu terkeluar ataupun tidak.
Puting normal timbul apabila ujian ini dibuat.
2. Puting terbalik pula tidak timbul malah lebih tenggelam ke belakang. Dengan bantuan pakar ataupun kaunselor laktasi, penyusuan dapat dilaksanakan oleh wanita yang mempunyai puting terbalik.


Mudah je kan ujian ini?
Jadi mommies yang mempunyai masalah puting terbalik boleh hubungi saya SAFUHAH 0177164989 untuk bantuan. Lebih baik jika belum melahirkan dah hubungi supaya kami bantu puan memberi susu ibu.

<3 Jom sebarkan kebaikan SUSU IBU <3

Kasih Hawa untu semua!


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma penyusuan susu ibu serta supplement shaklee boleh hubungi sy Safuhah 0177164989. Saya sedia membantu anda!! ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design