Wednesday 6 August 2014

Kerak Kulit Kepala atau Cradle Cap boleh dirawat dengan GLA COMPLEX SHAKLEE


Mommies pernah dengar dengan perkataan "cradle cap disease" atau masalah KERAK KEPALA? Selalunya melanda bayi yang baru lahir.



Apa itu Kerak Kepala atau Cradle Cap?

Sejenis penyakit kulit yang kelihatan berwarna kekuningan, berkelompok, berminyak, keruping besar yang selalu menghinggapi kulit kepala bayi baru lahir.
Sekali imbas mommies tengok seakan-akan kelemumur orang dewasa tetapi versi lebih teruk.
Selalunya bayi tidak merasa gatal jika terkena masalah kerak kepala atau cradle cap ini.
Selalunya ia melanda seawal beberapa hari selepas dilahirkan sehingga 3 bulan.
Kebiasaanya ruam atau masalah keruping ini lebih mudah dilihat di sekitar telinga, bulu kening dan buli mata bayi.


Mommies jangan risau ya, selalunya masalah kerak kepala atau cradle cap ini tidak berjangkit dan ianya TIDAK GATAL. Jika masalah kulit kepala yang gatal dan membuatkab bayi kurang selesa ianya adalah ECZEMA.

Nama lain bagi kerak kepala atau cradle cap?

1. Infantile or Neonatal seborrhoeic dermatitis
2. Crusta lactea
3. Milk Crust
4. Honeycomb disease
5. Pityriasis Capytis


Apa yang menyebabkan kerak kepala atau cradle cap ini?
Penyebab utama masih tidak diketahui namun ada 2 pendapat yang sering kali dikatakan menjadi penyebab kepada masalah kerak kepala ini iaitu :-
  • kehadiran hormon ibu yang mengalir dalam darah anak menyebabkan penghasilan minyak sebum yang abnormal didalam kelenjar sebum dan folikel rambut bayi.
  • jangkitan kulat Malassezia yang tumbuh didalam kelenjar sebum bersama bakteria.


Bagaimana boleh saya merawat masalah kerak kepala atau cradle cap ini?

Disini saya nak share dengan semua mommies langkah mudah merawat masalah kerak kepala atau cradle cap ini

  1. Mula mula sapukan kulit kepala bayi dengan lembut menggunakan kain lembap atau tapak tangan ibu. Ini untuk melonggarkan keruping yang ada.
  2. Kemudian basuh rambut bayi sehari sekali dengan shampoo bayi dan boleh longgarkan keruping sekali lagi menggunakan berus lembut kepala bayi.
  3. Kemudian lapkan kepala serta rambut bayi anda.
  4. Ambil 2 capsule GLA Complex Shaklee dan dipecahkan dan minyak itu disapu secara lembut dan menyeluruh ke atas kulit kepala bayi. Sambil sapu, mommies boleh urut lembut untuk memberi keselesaan kepada bayi. (mommies boleh juga melakukan langkah ini setelah bayi siap berpakaian kerana ini akan membuatkan bayi mengantuk)
  5. Ulangi langkah di atas setiap hari dan selalunya masalah ini akan hilang dalam 2 minggu. Setelah sembuh, teruskan membasuh rambut dan kepala bayi sekurang-kurangnya 2hari sekali dengan menggunakan shampoo. 
Gla complex Shaklee juga boleh disapu ke bahagian-bahagian yang ada eczema seperti di kawasan pelipat siku dan lutut bayi.

Saya harap info saya berikan hari ini dapat membantu mommies mengatasi masalah kerak kepala bayi atau cradle cap ini dengan mudah dan tidak panik.

Inginkan supplemen SHAKLEE? Nak dapatkan penjimatan berganda?? Jom daftar Ahli shaklee sekarang!! 


Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan?
Hubungi: Safuhah binti Mohamad
sms/whatsapp/telegram/line 0177164989
www.facebook.com/breastpumpevelove
COD: Klang, klang sentral, Setia Alam, Shah Alam, Hosp Tengku Ampuan Rahimah

DAPATKAN KONSULTASI PENYUSUAN SUSU IBU SECARA PERCUMA!


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**Hubungi saya melalui sms/whatsapp/line ke 077164989 atau email xercestouch@gmail.com untuk maklumat lanjut.

0 comments:

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design