Wednesday, 23 April 2014

Pengurusan SUSU PERAHAN ketika BERCUTI :)

Assalamualaikum mommy-mommy yang cantik semua!!
Hari ini saya bersiaran dari PULLMAN LAKESIDE HOTEL, Putrajaya..
Alhamdulillah ada duit lebih sikit, kami sekeluarga pergi bercuti seketika sebagai apa orang cakap tu, "weekend getaway" ? haaaa lebih kurang macam tu la..


Dan yang penting meraikan MASTER CELEBRATION my mommy Shaklee. Kami semua dijemput oleh SHAKLEE MALAYSIA untuk meraikan kejayaan beliau merangkul rank tertinggi dalam shaklee dengan purata pencapaian sebulan mencecah RM600 000. WOW banyaknya.. Dengan Shaklee segalanya mungkin.



Ok berbalik kepada cerita kita tadi..saya nak cerita bagaimana kita mahu menguruskan 'pergerakan' susu perahan sewaktu bercuti. Ini sangat penting kerana SUSU PERAHAN atau EBM ni sensitif pada perubahan suhu. Jadi di sini konsep yang paling penting semua mommies kena faham ialah untuk memastikan suhu susu perahan tidak berubah.


Apa yang dikatakan dengan perubahan suhu. Contohnya:
       Susu beku diletakan dalam cooler bag seterusnya dibawa keluar. Kemudian susu tersebut bila sampai di rumah sudah cair bukan dalam keadaan beku lagi, maka sebenarnya susu itu tidak boleh dibekukan semula.. ermm boleh faham ke? Susu tu boleh diminum dalam 24jam.



Ok..ramai yang keliru.. macam mana nak explain ye..

Saya bagi tip-tips untuk menggerakkan susu perahan dahulu ye:
1. Sediakan bag atau tempat khas untuk menggerakkan susu perahan contohnya seperti  cooler bag atau peti coldman yang isi ice tu.


2. Sediakan ice brick atau jika nak bajet boleh bekukan ice dalam plastik sehari sebelum anda ingin menggunakannya. Tapi atas dasar faktor kebersihan saya lebih gemar anda menggunakan ice brick. Beli sekali boleh tahan lama uolls :)
3. Ambil susu perahan masuk dalam bag atau peti tersebut dan diselang seli dengan ice brick. Pastikan suhunya tidak berubah. 


4. Jika anda khuatir perubahan suhu, bolehla campurkan garam pada ice bricks tu. Sebab nanti aisnya lambat cair.
5. Jika perjalanan agak jauh, maka selepas 2jam berhenti untuk topup ais baru. 


Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mommies. Boleh juga baca pengalaman founder eve love ni, semasa beliau menjalankan ibadah umrah.

Sebarang pertanyaan berkenaan product EVE LOVE, Shaklee dan penyusuan susu ibu boleh berhubung dengan saya melalui sms/whatsapp 0177164989

Terima Kasih Mommy!



Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya..
Malam ini teringat kisah syahdu di Hotel Pullman Lakeside Hotel Putrajaya sabtu lepas. Ketika saya menghadiri master celebration my mommy shaklee Wan Fatihanum. Tahniah mommy!!









Anak-anak mommy buat satu surprise khas untuk beliau. Kerana jasa beliau yang tak lokek ilmu, sentiasa touch anak-anak dan sangat caring.

Lebih banyak kita beri lebih banyak kita dapat!

Naaah terbukti.. tak menang tangan beliau membawa pulang hadiah pada hari tersebut. Dah memang macam majlis kahwin la..



Majlis yang sangat-sangat 'inspiring" Rahsia seorang master menjana RM600000 sebulan!



Akan ku daki sehingga saat itu! InsyaAllah.

Berminat untuk memulakan perniagaan dirumah? Jom saya coach anda dari zero to hero. InsyaAllah anda berada dalam susur galur yang tepat!



Untuk sebarang pertanyaan berkenaan breastpump eve love, penyusuan susu ibu dan supplement kesihatan shaklee, boleh terus hubungi saya sms/whataspp/telegram/line 0177164989. Saya sedia membantu anda.



 Video ni adalah surprise untuk mommy!! Secara life.. 

Terima kasih mommy hanum! I love you we love you :)

Monday, 21 April 2014

Terimala seadanya :)

Sebenarnya saya tgk gambar ni semasa mak saya upload di group whatsapp saya.
Terus saya cakap "owhhh that is sooo me"
Yea.. saya memang sejak kecil tiada istilah KURUS dalam hidup.
Setiap orang akan cakap saya gemuk/besar.
Almaklumlah genetik saya besar dan tinggi dan saya amat amat tertekan sewaktu disekolah.
Kawan kawan memanggil saya dengab gelaran tongdrum/dinosour dan sebagainya.
Saya ingat lagi ketika sy darjah 6 dengan ketinggian 160cm berat saya 60kg.

Owwhhh itu zaman kurus.. kini tiada lagi 60..
Selepas bersalin anak 2 ni mmg agak payah untuk saya kekal ke berat zaman anak dara.
InsyaAllah saya yakin dengan tekad dan azam yang kuat saya boleh atasinya.

Apa yang penting, saya bersyukur keluarga saya menerima saya seadanya dan yang penting mr.hubby pun sama.
Walau ada kekurangan namun saya tetap niat untuk mendapatkan berat ideal.
Sejak dalam pantang lagi saya sudah mengamalkan supplemen kesihatan shaklee.

Semenjak amru berhenti menyusu hampir sebulan setengah, badan saya naik mendadak bagai dipump angin.... owwh sungguh sedih..
Padahal pemakanan adalah sama.. mungkin badan kurang menghasilkan susu maka kurang kalori yg dibakar.

Sejak itu saya berazam untuk mencuba set slim shaklee...semestinya selamat untuk ibu menyusu.. saya cuba 1. Herbalax 2. Omega dan lecitjin 3. Esp+cinch shake.

Esp+cinch shake sy ambil sebagai breakfast. Dan seterusnya saya makan tghr pkl 12. Malam cuma light healthy dinner.

Setelah pulang dari kerja..saya luangkan masa 15 hingga 30 minit berbasikal dlm rumah.
Ok nantikan cabaran turun berat selama sebulan. Kira dari hari ni la ye.. :)
Kalau nak join saya..boleh order supplement dengan kami. Hubungi 0177164989.

Sunday, 20 April 2014

Pusat anak tertimbul? Normal ke?

Mommies... tiba tiba teringat soalan seorang mommy yang hadir ke klinik yang saya buat locum td.

Ibu yang bawa baby nak cucuk kuning tu tanya pusat anak die tersembol keluar.
" Dr, normal ke pusat anak saya ni? "
Selepas di periksa mmg normal. Keadaan ini dinamakan umbilical hernia. Selalunya keadaan ni akan hilang dengan sedikit tekanan kepada pusat bayi selepas tali pusat jatuh sepenuhnya.
Dulu Hannan pun mcm tu juga, sampau mak saya yang jaga pantang pun risau. Akhirnya untu sedapkan hatinya kami mendapat kepastian daripada doktor ketika check baby.
Yang penting anak atau bayi tu aktif, tidak meragam dan boleh kentut atau buang angin seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Hari ini saya bertemu dengan 3 orang ibu yang menyusu badan. Antara soalan yang ditanya oleh ibu ibu tersebut:
1. Dr. Susu saya bengkak. Hari ni dah hari ke 5, anak saya tak minum ke?
Jawapan: selalunya memang susu ibu akan meningkat mendadak pada hari ke 5 hingga ke 7. Seminggu pertama adalah pengeluaran kolustrum dan selepas seminggu hormon oxytocin dan prolaktin tinggi.

2. Dr. Kenapa puting saya luka? Padahal anak saya menyusu kuat.
Jawapan: salah satu sebab anak menyusu kuat sebab anak tak dapat susu dan kenapa anak tak dapat susu sebab teknik pelekapan yang kurang tepat.
Periksa semula teknik pelekapan. Ada 4 point.
1. Selari
2. Dagu bersentuh payudara
3. Bibir bawah terjeluir
4. Sokongan.

InsyaAllah saya sambung cerita pelekapan kemudian.. nak tidokan hannan dan ada seorang pelanggan nak jadi ahli shaklee.
Untung jadi ahli shaklee ni, badan sihat, keluarga terjaga dan boleh peroleh pendapat sehingga 7angka sebulan!
Jika berminat jom hubungi saya 0177164989.
Hanya dengan rm65 boleh merubah hidup anda!!
Kalau berminat nak jadi agen dropship jualan barangan penyusuan eve love pun boleh hubungi saya. ;)

ping

Kedai Backlink,Backlink Percuma

How To Reach Us


View xercestouch HQ in a larger map

31 Jalan Sri Damak 18
Taman Sri Andalas
41200 Klang Selangor

 

Copyright © 2014 Reserved to xercestouch
Design by Ccicute Design